GADGETS
Apple kemuka rayuan batal arahan benarkan pembayaran di luar App Store

Apple telah mengemukakan rayuan untuk membatalkan arahan hakim yang memaksa mereka membuka sistem pembayaran di luar ekosistem App Store. -Gambar hiasan/Amanz
APPLE telah mengemukakan rayuan membatalkan arahan hakim untuk membuka sistem pembayaran di luar ekosistem App Store yang dikeluarkan minggu lalu, menurut laporan The Verge.
Ringkasan AI
- Apple telah mengemukakan rayuan untuk membatalkan arahan hakim yang memaksa mereka membuka sistem pembayaran di luar ekosistem App Store.
- Arahan ini menghalang Apple daripada mengambil potongan sehingga 30% ke atas semua pembayaran dalam aplikasi dan membenarkan pembangun memaparkan pautan ke sistem pembayaran pihak ketiga.
- Di Eropah, Apple didenda $500 juta oleh Suruhanjaya Eropah kerana terus mengambil bayaran pemasangan aplikasi walaupun menerusi stor pihak ketiga.
Ini akan mendatangkan impak ke atas pendapatan Apple menerusi App Store.
Di Eropah, tindakan Apple untuk terus mengambil bayaran pemasangan aplikasi walaupun menerusi stor pihak ketiga menyebabkan mereka didenda $500 juta oleh Suruhanjaya Eropah (EC).
Spotify, Epic Games dan Patreon kesemuanya telah mengemukakan versi aplikasi baharu dengan sistem pembayaran luar App Store tetapi pada waktu ini ia belum ditawarkan di App Store. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami