Apple lancar iOS 26.1 beta 4, pengguna boleh ubah ketelusan Liquid Glass

Dalam kemas kini beta 4 untuk iOS 26.1, iPadOS 26.1 dan macOS 26.1, pengguna boleh pilih tahap ketelusan antara Clear (asal) atau Tinted (kurang telus dan lebih mudah dibaca). -Foto Amanz
MENERUSI iOS 26, iPadOS 26, watchOS 26 dan macOS Tahoe 26, Apple memperkenalkan antara muka baharu Liquid Glass merentasi semua sistem operasi mereka.
Ringkasan AI
- Apple perkenal antara muka Liquid Glass dalam iOS 26, iPadOS 26, watchOS 26 dan macOS Tahoe 26 yang menyerupai kaca telus, namun ada pengguna mengadu elemen sukar dibaca.
- Dalam kemas kini beta 4 untuk iOS 26.1, iPadOS 26.1 dan macOS 26.1, pengguna boleh pilih tahap ketelusan antara Clear (asal) atau Tinted (kurang telus dan lebih mudah dibaca).
- Versi akhir iOS 26.1 dijangka dilancarkan tidak lama lagi selepas tiga minggu ujian beta.
Pilihan yang tersedia ialah Clear bagi mengekalkan tahap ketelusan asal, dan Tinted yang mengurangkan ketelusan dengan menjadikan imej latar belakang kelihatan lebih kabur.
Pilihan Tinted pada hemat kami menjadikan iOS 26 kelihatan seperti iOS 18. Pada skrin kunci, sebagai contoh, kotak paparan notifikasi mempunyai latar belakang kelabu yang menjadikan teks lebih mudah dibaca.
Jika anda merindui antara muka iOS 18, tetapan Tinted ini mungkin sesuai untuk anda.
Dengan iOS 26.1 beta telah diuji selama tiga minggu, versi akhir iOS 26.1 dijangka dilancarkan dalam masa terdekat bersama kemas kini sistem operasi lain. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami