Skip to main content

Teknologi

Apple lancar Mac mini baharu dengan cip M6, prestasi AI empat kali lebih pantas

Sumber: AMANZ
Model terbaharu itu dikuasakan cip generasi baharu yang merangkumi cip M6 berasaskan teknologi 2 nanometer serta cip berprestasi tinggi M5 Pro. -Foto Amanz
Advertisement

CUPERTINO: Gergasi teknologi Apple secara rasmi melancarkan komputer desktop kompak Mac mini baharu yang menawarkan peningkatan prestasi kecerdasan buatan (AI) yang ketara, lapor Amanz.

Produk itu diperkenalkan menerusi pengumuman global pada 25 Ogos, menjelang acara tahunan pelancaran siri iPhone terbaharu yang dijadual berlangsung pada September depan.

Model berkenaan menjadi antara kemas kini yang paling dinantikan selepas komputer desktop kompak itu berdepan kekurangan stok yang berpanjangan di pasaran global sejak awal tahun ini.

Kebelakangan ini, peningkatan pembangunan ejen AI menyaksikan peranti tersebut digunakan secara meluas untuk menjalankan model AI secara setempat di rumah.

Model terbaharu itu dikuasakan cip generasi baharu yang merangkumi cip M6 berasaskan teknologi 2 nanometer serta cip berprestasi tinggi M5 Pro.

Apple berkata Mac mini baharu itu mampu menawarkan peningkatan prestasi AI sehingga empat kali ganda berbanding generasi terdahulu, selain prestasi grafik dan storan yang lebih pantas.

Pelancaran tersebut turut menjadi antara produk terakhir yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Tim Cook sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple sebelum John Ternus mengambil alih jawatan itu secara rasmi pada 1 September ini.

Must Watch Video

Advertisement