Skip to main content

Teknologi

Apple perkenal iPhone Duo, telefon pintar boleh lipat pertamanya

Skrin dalaman iPhone Duo 50 peratus lebih besar berbanding iPhone 18 Pro Max dan 80 peratus lebih besar daripada model Pro standard. (Foto AP)
Skrin dalaman iPhone Duo 50 peratus lebih besar berbanding iPhone 18 Pro Max dan 80 peratus lebih besar daripada model Pro standard. (Foto AP)

Advertisement

Advertisement

ISTANBUL: Apple memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertamanya, iPhone Duo, pada acara tahunan yang berlangsung di ibu pejabatnya di California pada Rabu.

Menurut Anadolu Ajansi, peranti itu menampilkan reka bentuk tidak simetri yang apabila dibuka mempunyai paparan Super Retina XDR berukuran 7.6 inci.

Skrin dalaman 50 peratus lebih besar berbanding iPhone 18 Pro Max dan 80 peratus lebih besar daripada model Pro standard, yang turut diperkenalkan pada acara berkenaan.

Advertisement

Apabila dibuka sepenuhnya, peranti itu dikatakan sebagai iPhone paling nipis pernah dihasilkan, dengan menggunakan bingkai titanium gred aeroangkasa bagi mengekalkan kekuatan strukturnya.

-- BERNAMA-ANADOLU

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement