Skip to main content

Teknologi

Apple pintas NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia

https://amanz.my/2026574609
Pada penutupan dagangan, Apple mencatat nilai pasaran kira-kira AS$4.95 trilion (sekitar RM20.9 trilion), menghampiri paras AS$5 trilion. -Foto Amanz
Advertisement

CUPERTINO: Apple Inc kembali menjadi syarikat awam paling bernilai di dunia selepas harga sahamnya meningkat 1.17 peratus, sekali gus memintas NVIDIA dari segi nilai pasaran, lapor Amanz.

Peningkatan itu didorong sentimen positif pelabur yang melihat Apple sebagai syarikat yang kurang terdedah kepada risiko perbelanjaan modal yang besar bagi pembangunan infrastruktur pusat data berbanding syarikat yang lebih tertumpu kepada kecerdasan buatan (AI).

Pada penutupan dagangan, Apple mencatat nilai pasaran kira-kira AS$4.95 trilion (sekitar RM20.9 trilion), menghampiri paras AS$5 trilion.

Dalam tempoh sama, saham NVIDIA susut hampir lima peratus, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan kepada kira-kira AS$4.77 trilion dan meletakkannya di kedudukan kedua dalam senarai syarikat paling bernilai dunia.

Penyusutan itu dikaitkan dengan kebimbangan pelabur terhadap kos tinggi pembangunan pusat data AI serta keupayaan industri berkenaan menjana pulangan yang mampan dalam jangka panjang.

Sentimen pasaran turut dipengaruhi laporan mengenai rancangan NVIDIA untuk meningkatkan komitmen pelaburannya dalam ekosistem AI, termasuk kerjasama dengan OpenAI dan pembangunan infrastruktur pusat data berskala besar.

Bagaimanapun, penganalisis berkata NVIDIA masih mencipta sejarah sebagai syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober tahun lalu, meskipun kini kembali berada di bawah paras berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement