Skip to main content

Teknologi

ByteDance lancar Seedance 2.0, model AI generatif untuk video realistik

Seedance-2.0
Model ini menambah baik kefahaman terhadap hukum fizik dan konsistensi babak, sekali gus meningkatkan kualiti video bagi tugasan berbilang shot dan adegan kompleks. -Foto Amanz

BYTEDANCE melancarkan model kecerdasan buatan generatif terbaharu, Seedance 2.0, yang menawarkan keupayaan penjanaan video lebih realistik serta konsisten berbanding versi terdahulu.

Di China, Seedance 2.0 diintegrasikan sepenuhnya dalam aplikasi Doubao dan Dreamina.

Advertisement

Menurut ByteDance, model ini menambah baik kefahaman terhadap hukum fizik dan konsistensi babak, sekali gus meningkatkan kualiti video bagi tugasan berbilang shot dan adegan kompleks.

Seedance 2.0 turut memperkenalkan dasar penggunaan lebih ketat, termasuk larangan memuat naik imej atau video individu sebagai rujukan utama tanpa pengesahan identiti terlebih dahulu.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan dan penjanaan video palsu melibatkan individu sebenar.

Sejurus pelancaran, beberapa video berunsur deepfake melibatkan watak dan selebriti terkenal seperti Tom Cruise dan Brad Pitt tular di media sosial.

Situasi ini mencetuskan kritikan daripada Motion Picture Association (MPA), yang menuntut ByteDance menghentikan aktiviti melanggar hak cipta berikutan penggunaan klip dan watak berhak cipta tanpa kebenaran.

Pada masa sama, penggiat industri kreatif turut menyuarakan kebimbangan mengenai teknologi generatif baharu ini, yang dikatakan berpotensi menjejaskan perlindungan terhadap karya asal serta menambah tekanan kepada pencipta kandungan.

Walaupun begitu, Seedance 2.0 terus mendapat perhatian komuniti teknologi di seluruh dunia berikutan kemampuannya menjana video berkualiti tinggi dalam lingkungan 4 hingga 15 saat, berbanding klip pendek generasi terdahulu. -Amanz

 

Must Watch Video