Skip to main content

Teknologi

CEO OpenAI dakwa beberapa syarikat jadikan AI sebagai alasan buang pekerja

OpenAI CEO Sam Altman addresses the gathering at the AI Impact Summit, in New Delhi, India, February 19, 2026. REUTERS/Bhawika Chhabra
Altman berkata terdapat syarikat menjadikan AI sebagai 'kambing hitam', walaupun langkah pengurangan tenaga kerja itu sebenarnya tetap akan berlaku tanpa kehadiran teknologi tersebut. -Gambar fail/Reuters

KETUA Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman menyuarakan kebimbangan terhadap trend syarikat yang menggunakan kecerdasan buatan sebagai alasan untuk melaksanakan pemberhentian pekerja.

Dalam satu temu bual pada Sidang Kemuncak AI Impact di New Delhi, beliau berkata terdapat syarikat yang menjadikan AI sebagai “kambing hitam”, walaupun langkah pengurangan tenaga kerja itu sebenarnya tetap akan berlaku tanpa kehadiran teknologi tersebut.

Advertisement

Altman berkata ada syarikat mendakwa pemberhentian dilakukan kerana penggunaan AI, sedangkan faktor sebenar lebih berkait dengan keadaan ekonomi dan penyusunan semula perniagaan.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui sebahagian pekerjaan akan terkesan selaras dengan perkembangan teknologi.

Menurutnya, seperti revolusi teknologi sebelum ini, AI juga dijangka mewujudkan jenis pekerjaan baharu, selain memberi kesan ketara terhadap beberapa bidang dalam beberapa tahun akan datang.

Must Watch Video