GADGETS
Ciri AI Ray-Ban Meta kini diaktifkan kepada semua

Semua cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa masa nyata, menstrim muzik, dan menghantar mesej. -Amanz
SEMUA cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa secara masa nyata, menstrim muzik daripada perkhidmatan penstriman muzik dan menghantar mesej.
Ringkasan AI
- Semua cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa masa nyata, menstrim muzik, dan menghantar mesej.
- Ciri alih bahasa masa nyata menyokong bahasa Inggeris, Itali, Perancis, dan Sepanyol, dan boleh digunakan di luar talian jika pek bahasa dimuat turun.
- Ray-Ban Meta akan mula dijual di Emiriah Arab Bersatu, India, dan Mexico dalam masa terdekat.
Jika pek bahasa dimuat turun pada peranti, ciri ini boleh digunakan di luar talian.
Ciri penstriman muzik daripada Spotify, Amazon Music, Shazam, dan Apple Music juga kini diberikan kepada pengguna di luar Amerika Syarikat dan Kanada.
Arahan suara untuk menghantar mesej menerusi Messenger, WhatsApp dan aplikasi pemesejan pilihan menggunakan suara juga kini boleh dilakukan oleh semua.
Cir Live AI yang membolehkan perbualan dengan Meta AI dan ia memahami apa yang sedang dipandang walau bagaimanapun masih lagi terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.
Meta turut mengatakan Ray-Ban Meta akan mula dijual secara rasmi di Emiriah Arab Besatu, India dan Mexico dalam masa terdekat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami