GADGETS
Ciri pembaharuan Pas My50 guna aplikasi bakal dilancar

Petunjuk terbaharu dari Rapid KL menunjukkan pelancaran semakin hampir, namun tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini. -Amanz/X
MY50 ialah pas untuk perkhidmatan pengangkutan awam meliputi perkhidmatan LRT, Monorail, MRT, bas Rapid KL dan juga bas BRT.
Ringkasan AI
- Rapid KL melalui akaun X rasmi memberi petanda bahawa ciri pembaharuan pas My50 melalui TNG eWallet akan dilancarkan tidak lama lagi.
- Walaupun ciri ini dijanjikan bermula Mei 2025, ia masih belum diaktifkan sehingga pertengahan Jun, menyebabkan pengguna menunggu lebih lama daripada yang dijadualkan.
- Petunjuk terbaharu dari Rapid KL menunjukkan pelancaran semakin hampir, namun tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini.
Pagi ini akaun X RapidKL memberikan petanda ciri ini akhirnya akan dilancarkan.
Dalam pengumuman November tahun lalu, pengguna juga boleh menggunakan kad TNG NFC sebagai pas My50 selepas sekian lama hanya boleh dilakukan menerusi MyKad sahaja.
Ciri ini sudah terlalu lama diminta pengguna pengangkutan awam kerana pembayaran menggunakan telefon pintar adalah jauh lebih mudah, selari dengan perkembangan semasa dan tidak memerlukan kad fizikal keluarkan setiap kali menggunakan kenderaan pengangkutan awam.
Tahun lalu pas ini mempunyai 220,000 pengguna aktif bulanan berbanding 98,000 pengguna sahaja pada tahun 2019.
Ia diperkenalkan bagi mengurangkan kos pengangkutan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami