Laman sosial paling popular, Facebook, memperkenalkan butang 'Reactions' - ciri terbaharu untuk penggunanya.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 'Reactions' merupakan butang ala butang like' namun dengan lebih ekspresi.

Mark Zuckerberg
Pengumuman di laman Facebook Mark Zuckerberg.

Kata Zuckerberg, bukan semua perkongsian adalah saat indah lantas ramai yang mencadangkan agar butang Dislike diwujudkan.

Namun, warga Facebook merasakan Reactions lebih sesuai kerana pilihan yang pelbagai.

Reactions, tambah Zuckerberg memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna mengeskpresikan pendapat dan perasaan mereka tentang satu situasi, namun masih dalam cara yang terhormat.

Butang Reactions boleh digunakan dengan cara menekan butang Like untuk beberapa saat atau dengan melayangkan kursor pada butang tersebut.

Terdapat tujuh Reactions yang diperkenalkan; Like, Love, Haha, Yay, Wow, Sad dan Angry.

Inovasi terbaharu ini bagaimanapun sedang dalam ujian dan hanya boleh diaplikasikan oleh pengguna di Ireland dan Sepanyol, bermula hari ini.

Bagi seorang pengguna Facebook, Harley Thorne butang tersebut merupakan cara terbaik dalam menyelesaikan ciri-ciri butang dislike yang lebih menyebarkan sifat negatif.