Skip to main content

Teknologi

Firma China mendahului AS dalam teknologi janaan video AI

Seedance-2.0
Antara model yang menjadi perhatian industri kreatif global ialah Kling yang dibangunkan Kuaishou serta Seedance 2.0 oleh ByteDance. -Foto fail/Amanz

BEIJING: Firma teknologi dari China dilapor semakin mendahului Amerika Syarikat (AS) dalam segmen janaan video berasaskan kecerdasan buatan (AI), didorong akses kepada data visual berskala besar.

Antara model yang menjadi perhatian industri kreatif global ialah Kling yang dibangunkan Kuaishou serta Seedance 2.0 oleh ByteDance, lapor Amanz.

Penganalisis pasaran berkata kelebihan utama firma China berpunca daripada pemilikan arkib video yang besar melalui platform seperti TikTok dan Kuaishou, yang membantu melatih model janaan video ke tahap lebih maju.

Walaupun syarikat teknologi AS seperti Google memiliki sumber data luas melalui YouTube, model mereka masih bersaing rapat namun dalam beberapa penilaian dilihat berada di belakang pesaing dari China.

OpenAI pula telah menamatkan aplikasi janaan video Sora susulan cabaran kos tinggi dan isu operasi, sekali gus memberi ruang kepada pesaing lain berkembang.

Ketika ini, teknologi janaan video AI digunakan oleh pengiklan, pencipta kandungan dan studio kreatif untuk menghasilkan video promosi dan kandungan digital secara lebih pantas.

Persaingan dalam sektor ini dijangka terus sengit ketika syarikat China memanfaatkan skala data dan permintaan pasaran global yang semakin meningkat.

Must Watch Video