GADGETS
Gemini kelak boleh kesan acara dalam Gmail untuk ditambah ke Google Calendar

Jika dikesan, butang Add to Calendar akan muncul dan pengguna boleh tekan untuk terus ia ditambah ke Google Calendar. -Amanz
GEMINI di dalam Gmail kini semakin baik. Google baru-baru ini mengumumkan kemas kini kepada Gemini yang terbina di dalam Gmail.
Ringkasan AI
- Gemini dalam Gmail kini boleh menambah acara terus ke Google Calendar dengan butang Add to Calendar.
- Gemini mengesan butiran acara dalam emel dan memberi pengesahan apabila acara ditambah.
- Pengguna boleh terus berbual mengenai acara selepas menambahkannya ke Calendar.
Jika dikesan, butang Add to Calendar akan muncul dan pengguna boleh tekan untuk terus ia ditambah ke Google Calendar.
Gemini turut akan memberi pengesahan kepada pengguna yang acara telah ditambah.
Apa keistimewaan ciri ini? Bukankah Gmail sudah ada ciri mengesan acara?
Dengan Gemini, selepas tekan butang tambah acara ke Calendar – pengguna boleh sambung berbual seperti tanya mengenai lokasi, meminta pendapat mengenai parkir, atau turut boleh bersembang mengenai arahan selok-belok dan trafik.
Ciri ini akan diedarkan kepada semua pengguna secara berperingkat bermula hari ini sehingga 10 April nanti. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami