GADGETS
Google akan tamatkan sokongan Instant Apps di Android pada penghujung 2025

Google akan menamatkan sokongan ciri Instant Apps pada Android, yang membolehkan pengguna mencuba versi ringkas aplikasi tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu. -Amanz
GOOGLE kini dilihat akan menamatkan salah satu ciri pada Android, iaitu sokongan Instant Apps.
Ringkasan AI
- Google akan menamatkan sokongan ciri *Instant Apps* pada Android, yang membolehkan pengguna mencuba versi ringkas aplikasi tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu.
- Ciri ini diperkenalkan pada 2017 untuk memudahkan pengguna menilai aplikasi sebelum pemasangan, namun kurang digunakan oleh pengguna dan pembangun aplikasi.
- Di Malaysia, antara aplikasi yang pernah menggunakan ciri ini ialah Sinar Harian, tetapi penggunaan secara meluas dilihat sangat terhad, menyumbang kepada keputusan Google untuk menamatkannya.
Google dilihat mungkin menamatkan sokongan untuknya kerana tidak ramai yang menggunakannya, atau tidak ramai pembangun aplikasi yang mengimplementasikan sokongan berkenaan.
Di Malaysia, salah satu aplikasi yang kami perasan menggunakan sokongan Instant Apps ini adalah Sinar Harian.
Apabila pengguna yang tidak memasang aplikasi Sinar Harian klik pada pautan berita Sinar Harian, anda akan diperlihatkan dengan pop-naik untuk mencuba Instant Apps.
Selain Sinar Harian, kami seperti tidak menemui sebarang aplikasi lain mengimplementasikannya. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami