awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MLBB perkukuh agenda pembangunan e-sukan negara - Adam Adli

Bernama
Bernama
02/08/2025
21:10 MYT
MLBB perkukuh agenda pembangunan e-sukan negara - Adam Adli
Adam Adli berkata, kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia terus menyokong MLBB kerana ia memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mobile Legends Bang Bang (MLBB) memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem e-sukan di Malaysia serta memperkasakan agenda pembangunan negara, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Beliau berkata sokongan kerajaan terhadap MLBB bukan kerana popularitinya semata-mata, malah berdasarkan kesan besar yang dicetuskan permainan itu kepada pembangunan belia dan ekonomi digital.
"Kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia terus menyokong MLBB kerana ia memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia.
"Ia bukan sekadar permainan , ia telah membantu merangsang pertumbuhan ekonomi digital, meningkatkan penglibatan belia serta menjadi platform untuk masyarakat menikmati serta lebih memahami ekosistem e-sukan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengintegrasikan permainan itu ke dalam program peringkat sekolah bagi memanfaatkan popularitinya serta melahirkan bakat yang berbagai-bagai dalam industri berkenaan.
"Kita bukan hanya bercakap mengenai permainan atau sebagai atlet, kita menghasilkan pakar dalam pelbagai bidang seperti penyiaran, kejurulatihan dan pemakanan," katanya.
Senario e-sukan MLBB di negara ini Malaysia turut mencatat kemajuan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya menerusi kemunculan pasukan Selangor Red Giants (SRG).
Pasukan itu melakar sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan antarabangsa pertama MLBB untuk Malaysia pada Kejohanan Piala Pertengahan Musim MLBB 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adam Adli Abdul Halim
#e-sukan
#mlbb
#Pembangunan Belia
#Mobile Legends Bang Bang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan