Skip to main content

Teknologi

Google lancar Nano Banana 2 Lite, jana imej AI dalam empat saat

[TB]_Google Nano Banana 2 Lite_amanz
Model varian ringan itu menawarkan peningkatan ketara dari segi kelajuan berbanding Nano Banana standard yang lazimnya memerlukan sekitar 20 saat untuk menghasilkan imej daripada arahan teks yang sama. -Gambar fail/Amanz
Advertisement

GOOGLE melancarkan Nano Banana 2 Lite, model kecerdasan buatan (AI) generatif terbaharu yang mampu menjana imej digital dalam kira-kira empat saat.

Model varian ringan itu menawarkan peningkatan ketara dari segi kelajuan berbanding Nano Banana standard yang lazimnya memerlukan sekitar 20 saat untuk menghasilkan imej daripada arahan teks yang sama.

Menurut Google, Nano Banana 2 Lite dibangunkan khusus bagi kegunaan yang memerlukan penghasilan imej dalam jumlah besar dengan pantas, termasuk penjanaan konsep, percambahan idea visual dan pembangunan prototaip awal.

Model itu turut menawarkan kos operasi yang lebih rendah berbanding model Nano Banana lain, menjadikannya sesuai untuk pembangun yang memerlukan aliran kerja berskala besar dan berkelajuan tinggi.

Nano Banana 2 Lite, yang secara teknikal dikenali sebagai Gemini 3.1 Flash Lite Image, kini tersedia menerusi Google AI Studio, Gemini API serta Gemini Enterprise Agent Platform.

Google turut memperluaskan penggunaan model itu ke beberapa produk pengguna termasuk AI Mode dalam Google Search, aplikasi Gemini, NotebookLM, Google Photos, Google Flow dan Google Ads.

 

Must Watch Video

Advertisement