GADGETS
Google sasar penyertaan Gemini sebagai pilihan terbina pada iPhone seawal tahun ini

Apple telah memperkenalkan Apple Intelligence dan integrasi ChatGPT pada iOS dan macOS, memudahkan akses kecerdasan buatan. -Amanz
CEO Google Sundar Pichai hari ini berkongsi di mahkamah yang mana mereka dalam perbincangan bersama Apple, dan menyasarkan untuk menambah sokongan Gemini secara terbina pada iPhone, seawal tahun ini.
Ringkasan AI
- CEO Google Sundar Pichai berkongsi bahawa mereka sedang berbincang dengan Apple untuk menambah sokongan Gemini pada iPhone seawal tahun ini.
- Apple telah memperkenalkan Apple Intelligence dan integrasi ChatGPT pada iOS dan macOS, memudahkan akses kecerdasan buatan.
- Apple dijangka berkongsi lebih lanjut mengenai Apple Intelligence dan ciri iOS 19 pada acara khas pembangun pada Jun 2025.
Ketika pengenalan sendiri Apple sedia dipetik menyatakan terbuka untuk menambah penawaran pihak lain, dan sedia berbincang dengan Google.
Untuk makluman, Google dan Apple sedia bekerjasama sekian lama, dan Google turut membayar Apple untuk menjadi enjin carian utama pada produk keluaran Apple.
Apple sendiri menyasarkan acara khas memfokuskan pembangun pada Jun 2025 ini, di mana mereka dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran kecerdasan buatan Apple Intelligence, selain ciri lain yang akan hadir pada iOS 19 kelak.
Mungkinkah kita akan melihat penyertaan Gemini melaluinya? -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami