GOOGLE mengumumkan penamatan aplikasi Google Podcasts tidak lama lagi.

Melalui notifikasi yang dipaparkan, Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.

Pengguna boleh memilih untuk mengeksport langganan, dan seterusnya menggunakan aplikasi podsiar lain untuk mengimport dan meneruskan mendengar podsiar.

Bagi anda yang menggunakan Google Podcasts, apakah alternatif yang akan anda gunakan selepas penamatan aplikasi Google Podcasts ini? -Amanz