GADGETS
Had pemindahan wang kini boleh diubah terus melalui aplikasi MAE

Maybank kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar had pemindahan terus melalui aplikasi sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengalaman perbankan digital. -Amanz
MAYBANK kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar atau mengubah had pemindahan terus melalui aplikasi berkenaan mulai hari ini.
Ringkasan AI
- Maybank kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar had pemindahan terus melalui aplikasi sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengalaman perbankan digital.
- Pengguna boleh mengubah had dengan mengikuti langkah dalam aplikasi MAE, dan sebarang kenaikan had akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam sebelum berkuat kuasa.
- Maybank menggalakkan pengguna menyemak had harian secara berkala, memantau aktiviti akaun, dan menggunakan ciri Kill Switch jika berlaku akses tanpa kebenaran.
- Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan ‘Tetapan’ di penjuru kiri atas.
- Pilih ‘Bayar & Pindahan’ > ‘Pindahkan’ > ‘Had Pemindahan’.
- Pilih jenis pemindahan yang ingin diubah.
- Tetapkan had harian baharu daripada menu.
- Tekan ‘Simpan Perubahan’ dan sahkan dengan Secure2u (hanya diperlukan untuk kenaikan had).
Sepanjang tempoh ini, pengguna masih boleh membuat transaksi mengikut had semasa.
Setelah tempoh tamat, had baharu akan berkuat kuasa dan pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi MAE atau SMS.
Maybank turut menggalakkan pengguna untuk menyemak had harian secara berkala, menaikkan had pemindahan hanya apabila diperlukan, serta memantau aktiviti akaun untuk mengesan sebarang transaksi mencurigakan.
Sekiranya berlaku akses tanpa kebenaran, pengguna boleh mengaktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u bagi menyekat akses sementara dan melindungi akaun. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami