MALAYSIA
KOMAWAR 2025 kembali dengan semangat baharu: Mahasiswa bangkit suara tolak rasuah

Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KOMAWAR) edisi kelima akan berlangsung pada 16 Ogos 2025 di MMU Cyberjaya, bertujuan memperkasa mahasiswa sebagai ejen perubahan menolak rasuah. -Facebook SPRM
PUTRAJAYA: Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KOMAWAR) kembali buat kali kelima dengan semangat baharu dan penganjuran lebih berimpak tinggi.
Ringkasan AI
- Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KOMAWAR) edisi kelima akan berlangsung pada 16 Ogos 2025 di MMU Cyberjaya, bertujuan memperkasa mahasiswa sebagai ejen perubahan menolak rasuah.
- KOMAWAR dianjurkan bersama SPRM, MMU dan Iskandar Investment Berhad, dengan acara kemuncak termasuk majlis penutupan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pertandingan akhir Berani Bicara 2025.
- Pertandingan Berani Bicara terbuka kepada mahasiswa berumur 18-30 tahun, dengan penyertaan video dihantar sebelum 28 Julai; sepuluh finalis akan bersaing untuk hadiah wang tunai sehingga RM3,000.
Konvensyen dijadual berlangsung pada 16 Ogos 2025 dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang di Dewan Tun Canselor, MMU Cyberjaya dengan majlis penutupan bakal disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Ia kemudian dijenamakan semula sebagai KOMAWAR pada 2018 dan telah dianjurkan secara berkala di pelbagai zon termasuk Perlis, Terengganu, Melaka, dan Kuala Lumpur.
Konvensyen ini bertujuan melahirkan generasi mahasiswa yang menolak rasuah serta menzahirkan suara pemimpin muda dalam mendukung nilai integriti dan ketelusan pentadbiran.
SPRM percaya mahasiswa mampu menjadi ejen perubahan yang berani menyuarakan kebenaran dalam usaha membina negara bebas rasuah.
Buat julung kalinya, Pertandingan Akhir Berani Bicara 2025 turut dianjurkan sebagai tarikan utama.
Pertandingan ini terbuka kepada mahasiswa IPTA, IPTS, IPG dan IPMa berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Penyertaan perlu dibuat dalam bentuk rakaman video berdurasi 3 hingga 7 minit dalam Bahasa Melayu, dan dihantar sebelum 28 Julai 2025 ke e-mel [email protected].
Sepuluh finalis akan berpeluang tampil di pentas akhir konvensyen dan bersaing untuk hadiah wang tunai sehingga RM3,000.
Orang ramai dan mahasiswa digalakkan hadir dan turut serta bagi memupuk kesedaran serta menyemarakkan semangat antirasuah dalam kalangan generasi muda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami