Skip to main content

Teknologi

Kontroversi libatkan Jensen Huang dijangka tidak gugat permintaan AI

Permintaan global terhadap teknologi AI dijangka kekal kukuh walaupun Nvidia berdepan kontroversi melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang (foto). -Gambar fail
Permintaan global terhadap teknologi AI dijangka kekal kukuh walaupun Nvidia berdepan kontroversi melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang (foto). -Gambar fail

Ringkasan AI

  • Permintaan global terhadap teknologi AI dijangka kekal kukuh walaupun Nvidia berdepan kontroversi melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang.
  • Nvidia menjalankan siasatan dalaman dan menegaskan tiada bukti kebocoran rahsia korporat atau ancaman keselamatan negara Amerika Syarikat setakat ini.
  • Pemerhati industri meneliti kemungkinan kawal selia baharu oleh AS berkaitan eksport teknologi AI ke China melalui negara ketiga.
Advertisement

TAIPEI: Permintaan global terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka kekal kukuh meskipun Nvidia berdepan kontroversi yang melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang.

Pemain industri semikonduktor di Taiwan berpandangan isu berkenaan dijangka memberi kesan terhad kepada rantaian bekalan AI global buat masa ini.

Menurut laporan media antarabangsa, Huang dikaitkan dengan satu kontroversi peribadi yang kini sedang menjadi perhatian di Amerika Syarikat.

Advertisement

Laporan sama turut mendakwa seorang wanita yang dikaitkan dengan kes itu mempunyai hubungan dengan Kementerian Keselamatan Negara (MSS) China, namun butiran lanjut masih belum disahkan secara rasmi.

Susulan perkembangan tersebut, Nvidia dilaporkan menjalankan siasatan dalaman dengan bantuan penasihat undang-undang luar.

Advertisement

Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan setakat ini tiada bukti menunjukkan berlakunya kebocoran rahsia korporat atau ancaman terhadap keselamatan negara Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pemimpin jawatankuasa Kongres AS dilaporkan meminta penjelasan lanjut berhubung kemungkinan penghantaran cip AI canggih ke China melalui negara ketiga.

Sumber industri pembungkusan dan pengujian litar bersepadu (IC) di Taiwan bagaimanapun berpendapat pertumbuhan sektor AI akan terus dipacu oleh pelaburan besar syarikat pengkomputeran awan serta permintaan yang berterusan terhadap infrastruktur kecerdasan buatan.

Pemerhati industri kini meneliti kemungkinan langkah kawal selia baharu yang mungkin diperkenalkan AS berhubung eksport teknologi AI.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kesan kontroversi melibatkan CEO Nvidia, Jensen Huang, terhadap permintaan global teknologi AI? 
    A: Permintaan global terhadap teknologi AI dijangka kekal kukuh meskipun Nvidia berdepan kontroversi melibatkan CEO-nya, Jensen Huang.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Nvidia susulan kontroversi tersebut? 
    A: Nvidia menjalankan siasatan dalaman dengan bantuan penasihat undang-undang luar berhubung kontroversi yang melibatkan CEO syarikat itu.
  • Q: Adakah terdapat bukti kebocoran rahsia korporat atau ancaman keselamatan negara Amerika Syarikat? 
    A: Setakat ini, Nvidia menegaskan tiada bukti menunjukkan berlakunya kebocoran rahsia korporat atau ancaman terhadap keselamatan negara Amerika Syarikat.
  • Q: Apakah pandangan industri semikonduktor Taiwan mengenai kesan isu ini terhadap rantaian bekalan AI global? 
    A: Pemain industri semikonduktor di Taiwan berpandangan isu ini dijangka memberi kesan terhad kepada rantaian bekalan AI global buat masa ini.
  • Q: Apakah faktor yang dijangka memacu pertumbuhan sektor AI menurut sumber industri di Taiwan? 
    A: Pertumbuhan sektor AI dijangka terus dipacu oleh pelaburan besar syarikat pengkomputeran awan serta permintaan berterusan terhadap infrastruktur kecerdasan buatan.

Must Watch Video

Advertisement