Skip to main content

Teknologi

Jepun bangunkan aplikasi GPS, kesan lokasi warga di luar negara ketika kecemasan

Jepun Bangunkan Aplikasi GPS Menjejak Warga Berada Di Luar Negara -- AMANZ
Aplikasi itu akan menggunakan data lokasi pengguna dengan persetujuan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa mengesahkan keadaan dan kedudukan rakyat Jepun dengan lebih cepat ketika berlaku kecemasan di luar negara. -Gambar hiasan/Amanz
Advertisement

TOKYO: Kementerian Luar Jepun sedang membangunkan aplikasi telefon pintar berasaskan GPS bagi membantu mengenal pasti lokasi rakyat Jepun yang tinggal atau melancong di luar negara ketika berlakunya konflik bersenjata atau bencana besar, lapor Amanz.

Aplikasi itu akan menggunakan data lokasi pengguna dengan persetujuan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa mengesahkan keadaan dan kedudukan rakyat Jepun dengan lebih cepat ketika berlaku kecemasan di luar negara.

Menurut sumber, Kementerian Luar Jepun menyasarkan untuk mula mengoperasikan aplikasi berkenaan pada tahun kewangan 2027.

Ketika ini, kakitangan kedutaan dan misi diplomatik Jepun lazimnya bergantung kepada panggilan telefon untuk mengesahkan keselamatan rakyat mereka selepas berlakunya konflik atau bencana.

Namun, usaha tersebut sering berdepan kesukaran di kawasan yang mempunyai liputan isyarat selular yang lemah atau tiada langsung.

Aplikasi baharu itu direka untuk membantu menjejaki lokasi pengguna walaupun dalam keadaan capaian rangkaian yang terhad.

Kementerian juga sedang mempertimbangkan ciri yang membolehkan pengguna menerima mesej pertanyaan mengenai status keselamatan mereka dan menghantar maklum balas menerusi aplikasi yang sama.

Bagi melindungi privasi, data lokasi pengguna hanya akan diakses selepas mendapat persetujuan mereka.

Tinjauan yang dijalankan kementerian itu mendapati kira-kira 80 peratus responden bersedia berkongsi data lokasi dengan kerajaan ketika kecemasan di luar negara.

Must Watch Video

Advertisement