Jualan TikTok dimuktamad ketika pertemuan Presiden Trump, Xi Khamis ini

Penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat akan dimuktamadkan minggu ini oleh Presiden Donald Trump dan Xi Jinping semasa persidangan APEC di Korea Selatan. -Gambar hiasan/Reuters
SAGA penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat yang bermula lebih lima tahun lalu akan akhirnya dimuktamadkan minggu ini.
Ringkasan AI
- Penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat akan dimuktamadkan minggu ini oleh Presiden Donald Trump dan Xi Jinping semasa persidangan APEC di Korea Selatan.
- Isu keselamatan data pengguna menjadi punca utama desakan jualan sejak 2020, dengan data kini disimpan dalam pelayar Oracle selepas dakwaan perkongsian dengan China.
- TikTok dan CapCut pernah dibuang dari stor aplikasi AS kerana gagal patuhi arahan, namun tempoh akhir jualan telah dilanjutkan beberapa kali oleh Trump selepas beliau kembali menjadi presiden.
Trump memaksa Bytedance menjual TikTok ketika beliau memegang jawatan presiden buat pertama kali pada tahun 2020.
TikTok didakwa mendatangkan risiko keselamatan kerana berkongsi data pengguna Amerika dengan China. Ini dinafikan Bytedance dan data kemudiannya disimpan dalam pelayar milik Oracle.
Presiden Biden kemudian tidak meneruskan arahan eksekutif memaksa jualan tetapi kemudian meneruskannya di penghujung penggal pentadbiran beliau.
TikTok dan CapCut dibuang daripada stor aplikasi utama Amerika Syarikat selama beberapa hari kerana gagal memenuhi arahan sebelum Trump kemudiannya memberikan lanjutan kepada tempoh akhiri jualan beberapa kali sejurus selepas beliau dilantik menjadi presiden untuk kali kedua. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


