GADGETS
Kemampuan cermin mata pintar Android XR diperlihat secara rasmi

Google akan melancarkan cermin mata pintar Android XR dalam masa terdekat, dengan perkakasan dibangunkan oleh Samsung dan rakan jenama seperti Gentle Monster, Warby Parker, dan Kering Eyewear. -Amanz
CERMIN mata pintar Google akan dilancarkan dalam masa terdekat dengan perkakasan akan dihasilkan pula oleh Samsung.
Ringkasan AI
- Google akan melancarkan cermin mata pintar Android XR dalam masa terdekat, dengan perkakasan dibangunkan oleh Samsung dan rakan jenama seperti Gentle Monster, Warby Parker, dan Kering Eyewear.
- Terdapat dua versi: satu dengan skrin terbina dan satu tanpa, kedua-duanya dilengkapi kamera, speaker, dan dikawal melalui suara menggunakan Gemini Live, dengan ciri seperti mesej, navigasi, dan terjemahan masa nyata.
- Pembangunan aplikasi akan dibuka tahun ini, namun produk pertama dijangka dilancarkan pada 2026 selepas pelancaran set kepala XR Project Moohan hujung tahun ini.
Kawalan dilakukan menggunakan arahan suara menerusi interaksi Gemini Live. Selain cermin mata pintar, Android XR akan turut digunakan pada set kepala video boleh-tembus (XR) dan set kapal optikal boleh tembus.
Dalam demo di atas pentas, pemakai boleh meminta cermin mata untuk menghantar mesej yang diterima menggunakan Google Messages.
Kemudian pemakai boleh meminta maklumat mengenai gambar yang sedang dipandang. Versi dengan skrin terbina boleh memaparkan teks perbualan dan juga arahan navigasi menggunakan Google Maps.
Ciri mengalih bahasa secara masa nyata dengan sari kata dipaparkan terus pada skrin cermin mata pintar juga kelak boleh dilakukan.
Di atas pentas ciri memaparkan sari kata Bahasa Inggeris ketika dua pengguna menggunakan Bahasa Parsi dan Hindi turut diperlihatkan.
Turut diumumkan pagi ini ialah Google turut akan bekerjasama dengan Gentle Monster, Warby Parker dan Kering Eyewear untuk melancarkan cermin mata pintar Android XR selain dengan Samsung.
Pembangunan aplikasi untuk cermin mata pintar ini akan dibuka tahun ini tetapi berdasarkan ura-ura besar kemungkinan produk pertama akan dilancarkan 2026 selepas set kepala XR Project Moohan dilancarkan penghujung tahun ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami