awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

Bernama
Bernama
06/12/2025
08:15 MYT
AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan
AGC menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus dan selaras dengan undang-undang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.

Ringkasan AI
  • AGC memberi arahan kepada USJKT Bukit Aman untuk selesaikan siasatan kematian M Manisegaran bagi rujukan ke Mahkamah Koroner.
  • AGC menegaskan komitmen untuk memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus dan selaras dengan undang-undang.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan PDRM jalankan siasatan telus berhubung kes kematian dalam tahanan tanpa melindungi mana-mana pihak.

AGC hari ini memaklumkan ia bagi membolehkan kes tersebut dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian pemandu lori terbabit.
Menurut kenyataan itu, laporan penuh siasatan tersebut dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat.
"Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus, menyeluruh dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut AGC.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa AGC menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung kes kematian dalam tahanan di negara ini.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#PDRM
#pemandu lori
#mati dalam penjara
#M Manisegaran
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan