MERUJUK kepada kes Apple vs FBI pada 2015 dan 2016, di mana syarikat gergasi teknologi itu enggan bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan negara itu (FBI) untuk mencipta sebuah aplikasi bagi mendapatkan data daripada iPhone 5C milik seorang suspek pengganas, ia membuktikan Apple mempunyai polisi yang lebih kuat untuk melindungi data peribadi penggunanya.
Ini antara sebab utama saya sendiri memilih untuk memiliki sebuah iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS yang bagi saya, secara peribadi lebih stabil, lebih mesra pengguna pada User Interface (UI) dan juga User Experience (UX) berbanding peranti yang menggunakan sistem operasi Android berdasarkan pengalaman saya menggunakan kedua-dua buah OS.
Ya boleh dapat phone Android yang lebih murah, ciri-ciri yang baharu dan lebih canggih daripada iOS, namun pengguna Android lebih terdedah kepada bahaya penggodam berbanding iOS, bukan kerana iOS mempunyai ciri-ciri keselamatan terbaik, tetapi jumlah pengguna Android yang lebih ramai menjadikannya sasaran utama.
Sehingga suku kedua tahun ini, 88.9% pasaran mudah alih dikuasai Android berbanding 11.9% yang menggunakan iOS di seluruh dunia.
Sementara di Malaysia hanya 6.5% menggunakan menggunakan iOS manakala bakinya adalah pengguna Android, iaitu peningkatan 14% pada suku kedua 2018 jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Tidak kira Android atau iOS, jika diberikan kepada yang tidak berpengetahuan luas dalam keselamatan siber, mereka akan terdedah kepada serangan.
Pada masa sama, terdapat juga laporan bahawa bug yang dipasang dalam peranti Android yang baru di dalam firmware yang kemungkinan besar dilakukan oleh pengeluar dan juga syarikat penyedia rangkaian yang menjual telefon tersebut kepada pelanggan mereka.
Kembali kepada kes Apple vs FBI, pakar-pakar teknologi biro itu gagal mengakses iPhone 5C, model yang termurah dari Apple selepas 10 kali cubaan, sekaligus berdepan ancaman kesemua data dipadam jika percubaan seterusnya gagal.
Ini bermakna untuk mengakses iPhone dan mendapatkan data daripada peranti tersebut bukan satu perkara yang mudah, sehingga FBI sendiri terpaksa mengupah seorang penggodam ataupun sebuah syarikat lain untuk mengakses telefon tersebut.
Lain ceritanya jika anda memiliki sebuah peranti Android, dengan hanya sebuah alat buatan China yang dijual di pasaran maya, semua data boleh dikeluarkan dari peranti Android tersebut dengan mudah.
Sistem Android yang menggunakan sumber terbuka ataupun open source menyebabkan terlalu banyak syarikat membina telefon menggunakan Android, sekali gus menjadi sasaran utama serangan penggodam.
Ia tidak dikawal selia dengan ketat seperti Apple untuk peranti iOS milik syarikat itu, malah data yang bocor dari penyimpanan awannya sebelum ini berpunca daripada penggodaman email pengguna ataupun social engineering, bukan secara terus ke pelayan milik Apple ataupun telefon pengguna.
Oleh kerana Apple hanya satu syarikat dan penggunanya tidak seramai Android, respon untuk sebarang ancaman lebih pantas berbanding Android.
Ia tidak bermakna iOS selamat sepenuhnya daripada penggodam atau lebih selamat daripada menggunakan Android kerana semuanya bergantung kepada pengetahuan mengenai keselamatan pengguna peranti tersebut.
Justeru, harga premium ataupun yang mahal bagi sebuah peranti iOS adalah berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat itu dan juga kualiti 'hardware' serta binaan telefonnya. Itu pandangan saya sebagai seorang pengguna iOS.
Namun ia bergantung kepada minat dan pengguna serta sikap individu tersebut sama ada untuk memilih Android atau iOS, kerana tiada pilihan yang salah dalam isu ini.
Bukan saya tidak pernah guna Android, malah telefon pintar pertama adalah Android namun selepas kerap menggunakan iPad, saya terus beralih kepada iOS.
Saya juga pernah diberi peluang untuk menguji telefon-telefon pintar Android yang premium untuk penggunaan merakam gambar, video dan penerbitan berita menggunakan telefon mudah alih.
Akhir sekali, telefon pintar kini bukan sekadar telefon malah sudah menjadi alat yang penting untuk pelbagai kegunaan seharian termasuklah dompet elektronik untuk membayar pembelian dan perkhidmatan selain menggunakan perbankan mudah alih.
Oleh itu, belilah peranti yang terbaik untuk memudahkan penggunaan anda dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kukuh.
Terima kasih kepada pakar keselamatan siber, penasihat sistem dan jurutera iDataMap Corporation dari Adelaide, Razwan Mokhtar atas nasihat beliau dalam penulisan ini.
Ian Johan Ariff
Thu Sep 19 2019

Barangan keluaran Apple melengkapkan kehidupan Ian Johan Ariff sebagai penerbit video di platform digital Astro AWANI.

Tular bergaduh depan rumah ada helikopter: 'Datuk, Datuk Seri salah faham'
Kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah.

AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan didakwa cabul murid | 4,094 kes baharu COVID-19
![AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887594/2324679351611840043428_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - SPRM gagal kawal rasuah. - Kenapa pendatang tanpa izin terus ceroboh negara kita? - Majoriti rakyat Malaysia setuju perketatkan semula PKP. #HapusCOVID19 #NormaBaharu #DisiplinMalaysia

KPDNHEP lancar Ops Catut 8.0 pantau harga kelengkapan elektronik, komunikasi
KPDNHEP melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan komputer tablet, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakas internet.

Indonesia catat 476 lagi kematian akibat COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac 2020.

COVID-19: Thailand rekod 756 kes baharu, sifar kematian
Thailand merekodkan 756 kes baharu dan sifar kematian sepanjang tempoh 24 jam yang lepas.

COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sembilan kluster baharu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Semua pihak perlu beri sokongan kepada SPRM
Semua pihak baik kerajaan dan rakyat perlu memberikan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.

Indeks Rasuah | Kerajaan, SPRM gagal kawal rasuah
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamuddin Yaacub berkata, hanya kuasa rakyat sahaja mampu menyelesaikan isu rasuah secara holistik.

AWANI Ringkas: Operasi perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPDNHEP halang akses 1,146 laman cetak rompak sejak 2018
55 peratus pengguna menyedari tindakan KPDNHEP menghalang akses ke atas laman cetak rompak yang menyebabkan 49 peratus daripada mereka tidak lagi melayari laman berkenaan.

1 Januari ini, anda mungkin ada masalah dengan WhatsApp
Kemas kini terbaharu WhatsApp akan mengakibatkan jutaan telefon pintar tidak lagi boleh mengaksesnya pada 1 Januari 2021.

Muat turun kandungan Astro GO untuk ditonton secara offline
Tidak ada had jumlah kandungan yang boleh dimuat turun, dan pelanggan boleh memilih untuk memuat turun rancangan yang sama sebanyak yang dimahukan.

Jangan salah guna label untuk penjualan kotak TV Android - MCMC
Pemerakuan kotak TV Android oleh SIRIM dan label MCMC tidak melibatkan kelulusan terhadap sebarang aplikasi untuk penstriman dan memuat turun sebarang filem, drama atau apa jua kandungan.

Mahkamah AS tolak larangan muat turun TikTok
Jabatan Perdagangan AS pada Ahad berkata pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk mematuhi injunksi itu.

Tunggu Apple Inc selesai isu akses MyTrace di iOS - Khairy
Aplikasi MyTrace memerlukan kebenaran untuk menggunakan fungsi Bluetooth untuk beroperasi seperti biasa.

Normal baharu: Suami isteri bangun aplikasi penghantaran makanan di kawasan luar bandar
Peniaga kecil berasaskan makanan di daerah Padang Terap kini mempunyai alternatif untuk terus menjana pendapatan di bulan Ramadan ini walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

COVID-19: Aplikasi pengesanan kontak tidak rakam lokasi individu - Khairy
Khairy berkata aplikasi itu akan dihantar kepada iOS dan Stor Aplikasi Android dalam tempoh beberapa hari.

Bila robot jadi konduktor muzik orkestra
Menariknya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah robot menyerupai wajah manusia, lengkap dengan tangan, berupaya mengambil alih tugas manusia sebagai konduktor muzik dalam sebuah persembahan orkestra.

Google nyahaktif integrasi produk Xiaomi susulan 'kesilapan visual CCTV'
Isu berkenaan dihadapi oleh pengguna yang memiliki kamera keselamatan pintar Xiaomi Mijia 1080p, salah satu model yang menyokong produk Google Home.