Skip to main content

Teknologi

Ketagihan telefon pintar ibu bapa jejas keyakinan diri anak-anak - Kajian

71461483853_holdingphone.jpg
Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari beberapa institusi penyelidikan dan kesihatan mental di Amerika Syarikat melibatkan 600 peserta berusia di antara 12 hingga 17 tahun. -Gambar hiasan
Advertisement

WASHINGTON: Penggunaan telefon pintar secara berlebihan oleh ibu bapa boleh menjejaskan keyakinan diri anak-anak serta mempengaruhi perkembangan hubungan sosial mereka, lapor Amanz.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu mendapati tabiat berkenaan dikaitkan dengan ikatan emosi yang kurang kukuh antara ibu bapa dan anak, sekali gus berpotensi menyumbang kepada harga diri yang rendah, rasa tidak selamat serta kesukaran membina hubungan rapat dengan orang lain.

Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari beberapa institusi penyelidikan dan kesihatan mental di Amerika Syarikat melibatkan 600 peserta berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Hasil kajian mendapati ramai remaja mengaku berasa dipinggirkan atau diabaikan apabila ibu bapa terlalu memberi perhatian kepada telefon pintar dan peranti digital mereka.

Anak-anak turut meluahkan rasa kecewa apabila ibu bapa hadir ke acara mereka seperti pertandingan sukan atau pementasan, tetapi lebih banyak menumpukan perhatian kepada telefon pintar berbanding aktiviti yang berlangsung.

Dapatan itu menunjukkan wujud hubungan antara penggunaan peranti secara berlebihan oleh ibu bapa dengan kualiti hubungan mereka bersama anak-anak serta tahap keterikatan emosi dalam keluarga.

 

Must Watch Video

Advertisement