awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komputer Huawei tidak lagi akan menggunakan Windows

Amanz
Amanz
30/09/2024
02:20 MYT
Komputer Huawei tidak lagi akan menggunakan Windows
HarmonyOS Next, sistem operasi versi terkini, tidak lagi menyokong pemasangan aplikasi berasaskan Android. - Foto Amanz
SETELAH lebih lima tahun sejak Huawei dikenakan sekatan teknologi, mereka kini menggunakan sistem operasi HarmonyOS pada hampir kesemua produk yang dikeluarkan. Dengan perubahan ke sistem operasi kendiri, mereka tidak lagi perlu risau dengan halangan yang akan dikenakan di masa depan. Minggu lalu Richard Yu, pengerusi perniagaan pengguna Huawei mengatakan selepas ini komputer keluaran syarikat tidak akan lagi menggunakan sistem operasi Windows.
Sebaliknya ia akan digantikan dengan sistem operasi HarmonyOS Next. Ini ialah sistem operasi sarwajagat Huawei yang sudahpun digunakan pada telefon pintar, tablet, jam tangan, TV dan skrin pintar. Ini menjadikan komputer riba MateBook yang baru dilancarkan baru-baru ini ialah yang terakhir menggunakan Windows.
Pada ketika ini masih belum diketahui sama ada penggunaan HarmonyOS ini hanyalah untuk produk pasaran China. Kita sudahpun melihat semasa HarmonyOS dilancarkan sebelum ini, peranti pasaran luar China masih lagi menggunakan EMUI. HarmonyOS Next yang merupakan versi terkini tidak lagi menyokong pemasangan aplikasi berasaskan Android.
Huawei mengatakan sebanyak 100,000 aplikasi dan perkhidmatan meta kini disokong HarmonyOS Next. Jumlah yang masih lagi kecil kerana App Gallery mempunyai hampir 1 juta aplikasi yang berasaskan HMS.
Sumber: Huawei Central
Topic Berkaitan
#China
#komputer Huawei
#Windows
#HarmonyOS Next
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan