awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia antara lima negara APAC punyai e-mel berniat jahat tertinggi pada 2022 - Kaspersky

Bernama
Bernama
25/08/2022
13:51 MYT
Malaysia antara lima negara APAC punyai e-mel berniat jahat tertinggi pada 2022 - Kaspersky
Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky. - Gambar hiasan/REUTERS
PHUKET (THAILAND): Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
Setakat pertengahan Ogos 2022, Malaysia adalah antara lima negara teratas di APAC termasuk Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel berniat jahat (e-mel hasad) yang dikesan oleh Kaspersky Mail Antivirus.
Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel diikuti oleh Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).
Penyelidik Keselamatan Kanan Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky (GReAT) Noushin Shabab berkata rantau APAC menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah e-mel hasad global yang dikesan tahun ini.
"Rantau APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna terdapat lebih ramai berpotensi menjadi mangsa 'scammer' (sindiket penipuan) di rantau ini berbanding rantau lain di dunia," katanya ketika menyampaikan pembentangan pada '8th APAC Cyber Security Weekend Kaspersky' di sini hari ini.
"Penggunaan meluas perkhidmatan dalam talian seperti membeli-belah dalam talian dan platform dalam talian untuk aktiviti seharian juga menjadikan individu lebih terdedah untuk menjadi mangsa penipuan," katanya.
Noushin berkata terdapat tiga faktor utama - populasi, penggunaan e-perkhidmatan yang tinggi dan sekatan perjalanan akibat pandemik, ia menyebabkan sebahagian besar e-mel spam mensasarkan negara-negara APAC.
"Ia juga adalah kesan daripada tempoh pandemik berpanjangan yang menyebabkan sekatan perjalanan dan bekerja dari rumah memerlukan orang ramai membawa komputer pejabat mereka ke rumah. Rangkaian di rumah pada kelazimannya kurang dilindungi daripada serangan siber," katanya.
Bagaimanapun, Noushin menyatakan bahawa bilangan mel spam berniat jahat yang dikesan oleh penyelesaian Kaspersky telah menyaksikan penurunan secara beransur-ansur selepas kemuncaknya pada 2019.
"E-mel berniat jahat ini kebanyakannya dihantar oleh penjenayah siber dalam bentuk e-mel dengan jumlah tinggi untuk mencapai lebih ramai pengguna dengan niat meraih keuntungan kewangan bagi penyerang (sindiket penipuan).
"Pemantauan berterusan kami terhadap ancaman siber semasa dan baharu ini yang beroperasi di negara-negara APAC menunjukkan bahawa majoriti pelaku ancaman ini menggunakan 'phising' (memancing data bersasar) yang bernama 'spear phising' (pancing data serampang) untuk menceroboh sistem sebuah organisasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-mel berniat jahat
#Kaspersky
#APAC
#Asia Pasifik
#Malaysia
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan