GADGETS
Mark Zuckerberg tawar AS$300 juta kepada penyelidik AI pindah ke Meta

Mark Zuckerberg (foto) menawarkan sehingga AS$300 juta kepada penyelidik AI terbaik dunia untuk menyertai Meta. -Gambar fail/AP
SEMALAM Meta Superintelligence Labs (MSL) diumumkan secara rasmi oleh Meta dengan ia akan menjadi “otak” kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) masa depan syarikat milik Mark Zuckerberg.
Ringkasan AI
- Meta telah melancarkan Meta Superintelligence Labs (MSL) sebagai pusat utama pembangunan AI masa depan syarikat, dengan Mark Zuckerberg menawarkan sehingga AS$300 juta kepada penyelidik AI terbaik dunia untuk menyertai Meta.
- Tawaran ini menarik lebih 10 individu termasuk beberapa penyelidik utama dari OpenAI seperti pencipta bersama ChatGPT dan pembangun model GPT-4o serta GPT-4.5.
- Persaingan antara Meta dan OpenAI semakin sengit, dengan OpenAI kini mengubah struktur ganjaran kakitangan untuk mengelakkan penghijrahan, manakala Sam Altman menyifatkan pendekatan Meta sebagai -askar upahan- berbanding -mubaligh- di OpenAI.
Ini adalah selari dengan kenyataan diberikan Sam Altman yang mengatakan kakitangan OpenAI dipancing dengan imbuhan ratusan juta untuk berpindah ke Meta.
Antara penyelidik AI di OpenAI yang berpindah ialah Shengjia Zhao yang merupakan pencipta bersama ChatGPT.
Turut berjaya dipancing daripada OpenAI ialah pencipta model o3/o4-mini, GPT-4o, GPT-4.1, GPT-4.5, 4o-imagegen, GPT-4o voice mode dan o4-mini.
Sejak dari dahulu lagi Zuckerberg menggunakan habuan besar dan pembelian untuk merapatkan jurang dengan pesaing mereka.
Turut dilaporkan oleh Wired, Sam Altman mengeluarkan memo kepada kakitangan OpenAI mengatakan “mubaligh akan mengalahkan askar upahan” dalam persaingan AI.
OpenAI kini dalam proses mengubah struktur ganjaran diterima kakitangan bagi mengelakkan mereka berpindah ke syarikat lain. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami