META akan melancarkan perkhidmatan langganan berbayar yang membolehkan pengguna Facebook dan Instagram mengesahkan akaun mereka.
Ketua Eksekutif Mark Zuckerberg dalam pengumuman di Facebook pada Ahad berkata ciri baharu yang dipanggil Meta Verified itu membolehkan pengguna mendapat lencana biru yang menawarkan perlindungan penyamaran tambahan terhadap akaun palsu, dan mendapat akses terus kepada sokongan pelanggan.
Langganan bermula pada harga AS$11.99 untuk akses web, atau AS$14.99 sebulan pada sistem pengendalian iOS Apple dan Android.
Buat permulaan, Meta Verified akan dilancarkan di Australia dan New Zealand minggu ini, tulis hantaran itu.
Pendapatan Meta merosot disebabkan perubahan privasi yang dibuat oleh Apple pada tahun 2021 yang mengehadkan keupayaannya menjejaki aktiviti internet pengguna untuk sasaran iklan.
Meta berkata pada Februari lalu perubahan polisi Apple itu akan menyebabkan kehilangan pendapatan lebih AS$10 bilion daripada pengiklanan sepanjang 2022, iaitu sekitar 8 peratus daripada jumlah pendapatannya pada 2021.
Meta terpaksa melakukan langkah penjimatan kos besar-besaran, termasuk mengumumkan pengurangan jumlah tenaga kerja sehingga sekitar 11,000 orang, atau 13 peratus jumlah kakitangannya.
Perkhidmatan langganan baharu Meta itu dilihat sama seperti konsep Twitter Blue oleh Elon Musk yang membolehkan pengguna mengesahkan profil Twitter mereka pada langganan sekitar AS$8 sebulan.
Pelancaran penuh Twitter Blue, yang pertama kali dilancarkan pada November, telah ditangguhkan selepas ia disalahgunakan oleh akaun yang menyamar sebagai syarikat dan selebriti.
Zuckerberg berkata Meta Verified akan membenarkan pengguna mengesahkan akaun mereka dengan kad pengenalan dikeluarkan kerajaan.
Sumber rapat dengan syarikat itu menjelaskan bahawa kad pengenalan rasmi diperlukan untuk mengesahkan akaun dan bagi mengelak penyamaran akaun.
Meta Verified juga difahamkan akan mendapat akses kepada lebih banyak ciri "untuk meningkatkan keterlihatan dan jangkauan", seperti penonjolan dalam carian dan pengesyoran.
Astro Awani
Mon Feb 20 2023

Ciri baharu Meta Verified membolehkan pengguna mendapat lencana biru yang menawarkan perlindungan penyamaran tambahan terhadap akaun palsu, dan mendapat akses terus kepada sokongan pelanggan. -Gambar fail/Reuters

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

Shahelmey belum terima surat rasmi dari UMNO
Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya dalam UMNO. Timbalan Ketua Menteri III Sabah itu berkata, beliau hanya mengetahui perkara berkenaan melalui media dan hanya akan membuat sebarang keputusan, setelah menerima secara rasmi surat penggantungan daripada UMNO.

Borneo Highland Resort milik penuh Sarawak
Kerajaan Sarawak kini memiliki sepenuhnya hak pembangunan Borneo Highland Resort di Padawan. Rancangan mengindahkan dan memperbaiki resort itu telah dimulakan.

Dari sebidang tanah menjadi lubuk rezeki keluarga
Sebuah keluarga di Pakan Sarawak menuai rezeki di sebidang tanah yang diusahakan menjadi pusat komersil yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.

Perkhidmatan awam di Sabah kurang memuaskan - Anthony
Mengakui perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah kurang memuaskan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke sedang cuba mendapatkan peruntukan yang lebih bagi penambahbaikan.

Sesi libat urus dan subsidi perlu bagi selaraskan harga barang di pedalaman
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh menjelaskan penyeragaman harga barang terutamanya di pedalaman Sarawak, Sabah dan Labuan perlu melibatkan peranan pengguna, peniaga dan kerajaan.

Operasi pandu uji selama setahun bermula tahun depan
ART berkuasa hidrogen itu dijadual tiba di sarawak pertengahan tahun ini dan akan mengambil masa kira-kira satu tahun lebih untuk diuji di lebuh raya berkenaan.

Meta lancar perkhidmatan langganan untuk Facebook, Instagram
Ciri baharu Meta Verified itu membolehkan pengguna mendapat lencana biru yang menawarkan perlindungan penyamaran tambahan terhadap akaun palsu, dan akses terus kepada sokongan pelanggan.

Puluhan pekerja Meta di Singapura antara 11,000 diberhentikan di seluruh dunia
Pemberhentian itu dijangka menjejaskan 11,000 pekerja, atau kira-kira 13 peratus daripada 87,000 tenaga kerja firma induk Facebook itu.

Zuckerberg mengaku bertanggungjawab pengurangan pekerja bermula Rabu
Beribu-ribu pekerja Meta dijangka diberhentikan bagi mengurangkan tenaga kerja dalam sektor teknologi itu.

Meta rancang pecat 'beribu-ribu' pekerja - Laporan
Konglomerat teknologi Amerika Syarikat (AS) Meta Platforms Inc (sebelum ini Facebook Inc) merancang mengurangkan bilangan pekerjanya secara besar-besaran minggu ini, lapor Sputnik memetik media AS

Kemas kini WhatsApp: Boleh keluar 'group' senyap-senyap, sembunyikan status 'online'
Platform itu juga tidak lama lagi membenarkan pengguna menentukan siapa yang boleh melihat apabila mereka sedang online dan menghalang orang lain melakukan tangkap layar terhadap mesej pengguna.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kekayaan Mark Zuckerberg menjunam AS$31 bilion
Meta berada di tengah-tengah kejatuhan saham paling besar selepas pendapatannya pada Rabu menunjukkan tiada pertumbuhan dalam pengguna Facebook bulanan suku lepas

Facebook kini dikenali sebagai Meta
Syarikat itu berkata penjenamaan semula itu menfokuskan kepada membina 'metaverse'.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Zuckerberg mohon maaf kepada pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp
Dalam catatan di akaun Facebook miliknya, Zuckerberg berkata beliau kesal dengan kesulitan yang dialami pengguna.