Microsoft akan menyelesaikan pelbagai masalah Windows 11 sepanjang 2026

Windows 11. - Foto Amanz
BUKAN rahsia lagi bahawa Windows 11 sudah agak lama bermasalah.
Bermula dengan isu prestasi walaupun pada komputer (PC) berkuasa, integrasi Copilot yang tidak diminta dan terkini, kemas kini yang hanya menghasilkan masalah baharu.
Walaupun kita masih dalam bulan Januari, tiga kemas kini Windows 11 telah diberikan dengan dua daripadanya tidak dirancang kerana isu yang wujud selepas kemas kini pertama diberikan.
Dalam kenyataan rasmi yang diberikan kepada The Verge, Pavan Davuluri yang merupakan presiden Windows dan peranti di Microsoft berkata “tahun ini, anda akan melihat kami menumpukan pada menangani masalah yang kami dengar secara konsisten daripada pelanggan: meningkatkan prestasi sistem, kebolehpercayaan dan keseluruhan pengalaman Windows”.
Microsoft tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak menyelesaikan pelbagai masalah lama dan baharu Windows 11 kerana ia kini digunakan lebih 1 bilion PC seluruh dunia.
Microsoft juga tidak lagi perlu mengemas kini Windows 10 yang sokongannya dihentikan 14 Oktober tahun lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


