LANJUTAN daripada pengenalan Copilot pada Android beberapa hari yang lepas, kini Microsoft turut telah memperkenalkan aplikasi dengan sokongan kecerdasan buatan generatif mereka kepada pengguna iPad dan juga iPhone.

Dengan langkah ini, ia sekali gus membolehkan pengguna iPad dan iPhone menjalankan sejumlah pertanyaan, penjanaan teks, penjanaan imej, penghasilan kandungan dan sebagainya terus pada peranti mudah-alih mereka.

Menariknya juga, ia turut hadir dengan sokongan GPT-4, sekali gus membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa perlu lakukan langganan premium untuk ChatGPT.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Copilot di Apple App Store hari ini. -Amanz