OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI

Tugas yang perlu digalas Ketua Kesediaan ialah melakukan mitigasi merentasi risiko utama seperti ruang siber, dan senjata biologi kerana model AI yang dibangunkan mungkin digunakan untuk tujuan serangan pengganas dan penggodam. -Foto fail/Amanz
SUDAH terhantuk baru tengadah ialah situasi yang dihadapi pembangun sistem kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Ringkasan AI
- Model AI menyebabkan pengguna menjadi malas, otak berkurangan, dan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental serta tindakan bunuh diri.
- OpenAI dihadapi kes saman kerana penggunaan ChatGPT yang membawa kepada kematian seorang pengguna.
- OpenAI mencari Ketua Kesediaan untuk merancang strategi mitigasi risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan model AI, termasuk potensi penggunaan untuk tujuan serangan pengganas dan penggodam.
Bagi mengesan impak negatif yang mungkin berlaku, OpenAI kini sedang mencari “Ketua Kesediaan” (Head of Preparedness) berpangkalan di San Francisco.
Tugas yang perlu digalas Ketua Kesediaan ialah melakukan mitigasi merentasi risiko utama seperti ruang siber, dan senjata biologi kerana model AI yang dibangunkan mungkin digunakan untuk tujuan serangan pengganas dan penggodam.
Mereka juga perlu memperhalusi dan membangunkan rangka kerja apabila risiko, kemampuan dan jangkaan luar baharu muncul.
Dengan kata lain, tugas utama ialah mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin wujud disebabkan model yang dihasilkan syarikat sebelum di tawarkan kepada pengguna.
Ini akan memastikan insiden negatif yang menyebabkan syarikat perlu menanggung liabiliti boleh dielakkan sebelum berlaku. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesan penggunaan model AI terhadap pengguna yang disebutkan dalam artikel? A: Model AI terbukti menyebabkan pengguna semakin malas, aktiviti otak berkurangan, dan dalam kes serius, boleh menyebabkan masalah kesihatan mental sehingga membawa kepada tindakan bunuh diri.
- Q: Mengapakah OpenAI sedang mencari "Ketua Kesediaan" berpangkalan di San Francisco? A: OpenAI mencari "Ketua Kesediaan" untuk melakukan mitigasi merentasi risiko utama seperti ruang siber dan senjata biologi yang mungkin timbul akibat penggunaan model AI mereka, yang boleh digunakan untuk tujuan serangan pengganas dan penggodam.
- Q: Apakah tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Kesediaan yang diupah oleh OpenAI? A: Tugas utama Ketua Kesediaan ialah mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin timbul disebabkan model AI yang dihasilkan oleh syarikat sebelum ditawarkan kepada pengguna, bagi memastikan insiden negatif yang boleh membawa kepada liabiliti dapat dielakkan sebelum berlaku.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

