OpenAI perkenal ChatGPT Health - Memudahkan anda lebih memahami berkenaan kesihatan

Pada masa yang sama, OpenAI juga turut menekankan yang mana ia bukanlah bertujuan untuk penggunaan bagi perubatan atau diagnosis. - Gambar fail/Reuters/Dado Ruvic/Illustration
Salah satu perkara yang sering ditanya dan dirujuk kepada ChatGPT adalah pelbagai pertanyaan berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan.
Ringkasan AI
- OpenAI memperkenalkan tab khusus ChatGPT Health untuk menjawab pertanyaan kesihatan dan kecergasan.
- Tab ini sedang diuji dan akan diperluaskan kelak tanpa menggunakan data pengguna untuk latihan model.
- Pengguna boleh muat-naik rekod kesihatan dan menghubungkan aplikasi kesihatan tanpa tujuan perubatan atau diagnosis.
Melalui tab berkenaan, ia boleh menjawab pelbagai pertanyaan berkaitan kesihatan, analisa dan yang berkaitan. Pengguna turut boleh memuat naik rekod kesihatan mereka, di samping menghubungkan aplikasi seperti MyFitnessPal dan juga Apple Health.
OpenAI turut menekankan mereka tidak akan menggunakan sebarang data pengguna dalam melatih model mereka, dan tab berkenaan akan mempunyai perlindungan privasi tambahan.
Pada masa yang sama, OpenAI juga turut menekankan yang mana ia bukanlah bertujuan untuk penggunaan bagi perubatan atau diagnosis.
Ia tidak diketahui sama ada pengguna akan selesa memuat-naik rekod kesihatan dan yang berkaitan ke perkhidmatan ChatGPT atau tidak.
Seperti biasa, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga privasi anda, dan tidak sewenang-wenangnya memuat-naik data peribadi ke sebarang perkhidmatan, serta rujuk pakar perubatan untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan. - Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


