awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
Letupan di Universiti HELP: Polis siasat pelbagai sudut termasuk kecuaian
Ibu hadapi tuduhan abai anak, teman lelaki didakwa cederakan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paparan 'likes' di Instagram disorok di 7 negara lagi mulai hari ini

Kohilah Sekaran, Sahlizah Mohamed
Kohilah Sekaran, Sahlizah Mohamed
18/07/2019
23:06 MYT
Paparan 'likes' di Instagram disorok di 7 negara lagi mulai hari ini
Selain Kanada, Instagram mendedahkan fungsi sorok 'likes' akan dikembangkan ke enam negara lain.
Dalam usaha mengurangkan tekanan media sosial dalam kalangan anak muda, Instagram pada April lalu mengumumkan bahawa syarikat itu sedang menguji fungsi menyorokkan paparan likes pada kandungan yang dimuat naik oleh pengguna di Kanada.
Tidak terhenti di situ, Instagram pada Khamis mendedahkan bahawa cubaan fungsi itu akan dikembangkan ke tujuh negara lain termasuk Australia, Brazil, Ireland, Jepun, Itali, Kanada dan New Zealand.
Difahamkan, menerusi fungsi terbaharu ini, paparan likes pada setiap posting akan disorok secara default.
Ini bermakna anda tidak boleh melihat jumlah likes yang diterima oleh pengguna lain terhadap kandungan yang dimuat naik oleh mereka.
Bagaimanapun, pemilik akaun masih boleh melihat jumlah likes yang mereka terima.
Menurut Instagram, mereka berharap dengan fungsi baharu ini pengguna akan memberi lebih fokus kepada kandungan yang dimuat naik dan bukan jumlah likes yang diterima.
Were currently running a test that hides the total number of likes and video views for some people in the following countries: Australia Brazil Canada Ireland Italy Japan New Zealand pic.twitter.com/2OdzpIUBka
— Instagram (@instagram) July 17, 2019
"Apabila likes didedah kepada orang ramai, ia menjadi satu ketagihan. Orang melihat likes sebagai satu metrik kejayaan – mengusik mereka yang mendapat likes yang sedikit.
"Malah ada yang sanggup membeli likes untuk menarik perhatian pengguna lain. Jadi fungsi terbaharu ini akan mengubah cara pemikiran pengguna," kata Instagram.
Sementara itu, jurucakap Instagram memberitahu TIME bahawa mereka mencuba untuk melakukan perubahan itu kerana mahukan pengikut di akaun masing-masing fokus kepada gambar atau video yang dimuat naik dan bukan jumlah suka atau tontonan.
Pelbagai maklum balas yang diterima menerusi komen menyatakan ada yang setuju dan sebaliknya.
Menurut Instagram, cubaan pertama yang dilakukan adalah di Kanada pada Mei lalu.
“Kami akan meluaskan lagi percubaan ini kepada beberapa lagi negara untuk melihat pengalaman mereka,” katanya.
Pada masa sama, Instagram turut memperkenalkan beberapa ciri dan polisi baharu untuk mengelakkan gejala buli dalam aplikasi itu.
Ciri Restrict diperkenalkan bagi membolehkan pengguna mengawal interaksi mereka dengan pengguna lain menerusi akaun masing-masing.
Instagram pada Khamis turut mengumumkan pengguna akan menerima notifikasi apabila akaun mereka berdepan dengan risiko tidak aktif (disabled).
Topic Berkaitan
#Instagram
#likes
#likes disorok
#media sosial
#posting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan