awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran Model S dan Model X dihentikan, Tesla fokus robot humanoid dan teknologi AI

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2026
07:55 MYT
Pengeluaran Model S dan Model X dihentikan, Tesla fokus robot humanoid dan teknologi AI
Model lain seperti Model 3, Model Y (foto) dan Cybertruck akan terus menjadi penyumbang utama jualan, manakala pembangunan Roadster generasi baharu diteruskan. -Gambar fail/Reuters
TESLA mengumumkan penamatan produksi dua model utamanya, Model S dan Model X, sebagai sebahagian langkah strategik untuk mengalihkan tumpuan syarikat kepada pembangunan robot humanoid Optimus dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi teras baharu perniagaannya.
Produksi kedua‑dua model itu dijangka dihentikan sepenuhnya pada suku hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata keputusan itu membolehkan kilang Tesla di Fremont, California ditransformasikan kepada hab pengeluaran besar-besaran untuk robot Optimus.
Beliau menyifatkan penamatan program Model S dan Model X sebagai “penghormatan terakhir” kepada model yang mengangkat reputasi awal syarikat dalam industri kenderaan elektrik global.
Tesla menjelaskan bahawa model lain seperti Model 3, Model Y dan Cybertruck akan terus menjadi penyumbang utama jualan, manakala pembangunan Roadster generasi baharu diteruskan.
Syarikat itu turut berdepan peningkatan persaingan daripada pengeluar China serta penurunan jualan global, sekali gus mengukuhkan keperluan peralihan strategik kepada produk berasaskan AI seperti robotaksi dan robot humanoid.
Musk sebelum ini menegaskan bahawa Optimus berpotensi menjadi produk terpenting dalam sejarah Tesla, dengan visi jangka panjang untuk menghasilkan sehingga sejuta unit setahun menerusi fasiliti yang sama.
Pengumuman ini dibuat selepas Tesla melaporkan penurunan hasil sebanyak 3% pada tahun lalu serta kelembapan ketara dalam pasaran EV global.
Robotaksi tanpa pengawas keselamatan yang dilancarkan di Austin baru‑baru ini juga dilihat sebagai sebahagian agenda autonomi syarikat yang semakin berkembang pesat.
Pemerhati industri melihat langkah Tesla meninggalkan model EV premium kepada fokus AI dan robotik sebagai strategi jangka panjang yang menekankan diversifikasi serta nilai masa depan dalam automasi, walaupun robot Optimus masih belum mencapai demonstrasi komersial yang sepenuhnya meyakinkan.
Topic Berkaitan
#Tesla
#EV
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan