awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Porsche tidak mahu ketinggalan, tunjuk minat bina teksi terbang

Agensi
Agensi
06/03/2018
01:39 MYT
Porsche tidak mahu ketinggalan, tunjuk minat bina teksi terbang
Kilang pembuat kereta sport Porsche juga ingin masuk dan bersaing dalam pasaran perkhidmatan teksi dan kongsi kenderaan. Foto - Reuters
Kilang pembuat kereta sport Porsche juga tidak mahu ketinggalan untuk membangunkan kenderaan penumpang terbang pada masa akan datang.
Menurut Ketua Pemasaran Porsche Detlev von Platen, Porsche juga ingin berdaya saing dalam pasaran perkhidmatan teksi dan perkongsian kenderaan.
“Ianya masuk akal, jika saya ingin memandu dari Zuffenhausen (kilang Porsche) ke Lapangan Terbang Stuttgart, ianya hanya memakan masa sejam sahaja, itupun kalau saya bernasib baik.
“Memandu kereta terbang hanya mengambil masa dalam tiga setengah minit,” katanya yang dipetik dalam majalah Automobilwoche.
Majalah itu juga menyatakan penumpang boleh mengawal kenderaan terbang itu tanpa memerlukan lesen penerbangan.
Ini kerana kebanyakan kereta terbang itu akan berfungsi secara automatik.
Jenama yang kini dipegang syarikat Volkswagen akan menyertai syarikat yang bekerja dalam mereka bentuk kereta terbang dengan menjangkakan peralihan dalam pasaran pengangkutan daripada penggunaan kenderaan konvensional kepada kenderaan pandu sendiri melalui aplikasi kemudahan kongsi kenderaan.
Syarikat start-up Volocopter yang disokong oleh syarikat automotif Daimler, Lilium Jet dan eVolo, juga ingin bersaing dalam industri kenderaan terbang.
Syarikat Terrafugia dan Joby Aviation juga tidak ketinggal untuk turut serta dalam persaingan industri kereta terbang.
Pasaran dalam industri kereta terbang secara teknikalnya belum wujud lagi tetapi syarikat kemudahan kongsi kenderaan seperti Uber sudah meletakkan sasaran dalam pasaran berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi telah merangka pelan untuk memulakan uji pandu teksi terbang di Dallas, Los Angeles, dan Dubai pada tahun 2020.
BACA: CEO Uber jangkakan pengkomersialan 'teksi terbang' dalam tempoh 5-10 tahun
Pereka automotif Volkswagen, Italdesign dan Airbus telah mempersembahkan rekaan kereta terbang dua tempat duduk yang dipanggil Pop.Up di Geneva pada tahun lepas.
Kenderaan terbang Pop.Up itu direka untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas di jalan raya.
Topic Berkaitan
#Dallas
#Dubai
#Jerman
#kereta
#kereta terbang
#Los Angeles
#Porsche
#Uber
#Volkswagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan