SEBUAH pulau khas untuk mengadakan acara eSukan akan dibina di Abu Dhabi.

Projek ini dibangunkan oleh True Gamer dengan ia terdiri daripada TG Arena sebagai tempat pelbagai acara eSukan akan diadakan bersama dengan Digital Tower yang akan menjadi pejabat pelbagai syarikat pembangunan permainan video serta organisasi sukan.

Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oleh manusia ini dengan 200 bilik.

Di GG Resort, sebuah pusat latihan juga akan diadakan bagi mereka yang mempunyai aspirasi untuk menjadi atlet eSukan masa hadapan.

Pengunjung kelak boleh melakukan terjunan dari GG Tower seperti mereka terjun dalam permainan video PUBG.

Secara keseluruhan projek pulau eSukan ini akan menelan belanja $280 juta (~RM 1.34 bilion).

Lokasi yang dipilih ialah Al Raha Creek di Al Seef. Bila projek akan dimulakan dan siap masih belum diumumkan pada waktu ini. - Amanz