Skip to main content

Teknologi

Qualcomm dilapor akan buang sejumlah pekerja untuk bina budaya prestasi tinggi

Menurut memorandum dalaman yang dilaporkan Reuters, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk membina "budaya prestasi yang lebih kukuh" serta menangani situasi yang secara konsisten tidak mencapai jangkaan syarikat.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Qualcomm akan mengurangkan tenaga kerja global sebagai sebahagian usaha penstrukturan semula untuk memperkukuh budaya prestasi tinggi syarikat.
  • Jumlah pekerja terjejas belum diumumkan, namun pemberitahuan dijangka bermula November selepas penilaian prestasi tahunan selesai.
  • Langkah ini diambil ketika Qualcomm memperluas perniagaan ke bidang AI, pusat data dan automotif, mengurangkan kebergantungan pada pasaran telefon pintar.

GERGASI reka bentuk cip semikonduktor Amerika Syarikat, Qualcomm, dilapor bakal mengurangkan tenaga kerjanya di peringkat global sebagai sebahagian usaha penstrukturan semula bagi memperkukuh budaya prestasi tinggi dalam syarikat, lapor Amanz.

Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang akan terjejas belum diumumkan oleh pengurusan syarikat.

Berdasarkan laporan tahunan terbaharu syarikat, Qualcomm mempunyai kira-kira 52,000 pekerja di seluruh dunia setakat akhir September 2025.

Menurut memorandum dalaman yang dilaporkan Reuters, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk membina "budaya prestasi yang lebih kukuh" serta menangani situasi yang secara konsisten tidak mencapai jangkaan syarikat.

Pemberitahuan kepada pekerja yang terlibat dijangka bermula secara berperingkat pada November selepas penilaian prestasi tahunan selesai dilaksanakan.

Perkembangan itu berlaku ketika Qualcomm berdepan pasaran telefon pintar global yang lebih mencabar dan dalam masa sama memperluaskan perniagaannya ke bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pusat data dan automotif.

Sebelum ini, syarikat itu berkata majoriti jualan cipnya dijangka datang daripada segmen selain telefon pintar menjelang tahun fiskal 2027, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran peranti mudah alih.

Perubahan strategi tersebut dilihat selari dengan peningkatan permintaan terhadap infrastruktur AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi, khususnya bagi pusat data berskala besar.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Mengapa Qualcomm mengambil langkah mengurangkan tenaga kerja secara global? 
    A: Qualcomm mengambil langkah ini sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula untuk memperkukuh budaya prestasi tinggi dalam syarikat dan menangani situasi yang tidak mencapai jangkaan syarikat.
  • Q: Bilakah pemberitahuan kepada pekerja yang terlibat akan bermula? 
    A: Pemberitahuan kepada pekerja yang terlibat dijangka bermula secara berperingkat pada November selepas penilaian prestasi tahunan selesai dilaksanakan.
  • Q: Berapakah jumlah pekerja Qualcomm di seluruh dunia setakat akhir September 2025? 
    A: Berdasarkan laporan tahunan terbaharu, Qualcomm mempunyai kira-kira 52,000 pekerja di seluruh dunia setakat akhir September 2025.
  • Q: Apakah faktor pasaran yang mempengaruhi keputusan Qualcomm ini? 
    A: Keputusan ini dipengaruhi oleh pasaran telefon pintar global yang lebih mencabar dan usaha Qualcomm untuk memperluaskan perniagaan ke bidang baharu seperti kecerdasan buatan, pusat data, dan automotif.
  • Q: Apakah strategi baharu Qualcomm berkaitan jualan cip menjelang tahun fiskal 2027? 
    A: Qualcomm menjangkakan majoriti jualan cipnya akan datang daripada segmen selain telefon pintar menjelang tahun fiskal 2027, mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran peranti mudah alih.

Product Recommendation Section Title

Baseus PrimeTrip VC2 Flex Magnetic Car Phone Holder Wireless Charger Vacuum Mount 360° Rotation Stand Gym Stand Car Mount Travel Holder

Baseus PrimeTrip VC2 Flex Magnetic Car Phone Holder Wireless Charger Vacuum Mount 360° Rotation Stand Gym Stand Car Mount Travel Holder

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

Kids Android Tablet 7”

Kids Android Tablet 7”

Privacy Matte HD Tempered Glass Screen Protector for iPhone 17 16 15 Pro 14 13 12 11 Pro Max XS Max XR X 8 7 Plus

Privacy Matte HD Tempered Glass Screen Protector for iPhone 17 16 15 Pro 14 13 12 11 Pro Max XS Max XR X 8 7 Plus

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

UGREEN Anti-Yellowing Magnetic Transparent Phone Case for For iPhone 17 Pro Max/For iPhone 17 Pro/iPhone 17 Air

UGREEN Anti-Yellowing Magnetic Transparent Phone Case for For iPhone 17 Pro Max/For iPhone 17 Pro/iPhone 17 Air

Must Watch Video

Advertisement