awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat

Amanz
Amanz
09/01/2026
05:00 MYT
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur. -Foto Amanz
ROBLOX kini mewajibkan pengesahan umur melalui imbasan swafoto sebelum pengguna dibenarkan mengakses ciri Chat teks dan suara dalam permainan.

Ringkasan AI
  • Roblox mewajibkan pengesahan umur melalui imbasan swafoto sebelum pengguna dapat menggunakan ciri Chat teks dan suara dalam permainan.
  • Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur, dengan pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka berumur 13 tahun ke atas menggunakan sistem swafoto automatik.
  • Pengguna akan ditempatkan dalam kumpulan umur yang berbeza dan hanya dibenarkan bersembang dengan kumpulan umur yang sama atau berdekatan seperti yang ditetapkan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur.
Pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka berumur 13 tahun ke atas menggunakan sistem swafoto automatik.
Ciri ini sebelum ini diwajibkan di Australia, New Zealand dan Belanda sejak Disember lalu, dan kini diperluas kepada semua pengguna di seluruh dunia.
Selepas pengesahan, pengguna akan ditempatkan dalam kumpulan umur iaitu bawah 9 tahun, 9–12, 13–15, 16–17, 18–20 dan 21+.
Mereka hanya dibenarkan bersembang dengan kumpulan umur yang sama atau berdekatan seperti ditetapkan.
Pengecualian diberikan melalui fungsi Trusted Connections yang membolehkan interaksi dengan ahli keluarga atau kenalan rapat.
Proses semakan umur dilaksanakan melalui teknologi Facial Age Estimation dalam aplikasi Roblox. Menurut syarikat itu, semua imej yang digunakan akan dipadam sebaik sahaja selesai diproses bagi memastikan privasi pengguna terpelihara. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama mewajibkan pengesahan umur melalui imbasan swafoto dalam ROBLOX? A: Tujuannya adalah untuk meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur dalam permainan.
  • Q: Adakah pengguna perlu mengesahkan umur mereka sebelum menggunakan ciri Chat teks dan suara dalam ROBLOX? A: Ya, pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka berumur 13 tahun ke atas menggunakan sistem swafoto automatik sebelum dapat menggunakan ciri tersebut.
  • Q: Apakah fungsi Trusted Connections dalam ROBLOX? A: Trusted Connections membolehkan interaksi dengan ahli keluarga atau kenalan rapat, walaupun pengguna ditempatkan dalam kumpulan umur yang berbeza.

Topic Berkaitan
#roblox
#pengesahan umur
#imbasan swafoto
#chat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan