awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas

Bernama
Bernama
13/01/2026
10:05 MYT
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Anthony Loke berkata siasatan merangkumi aspek pematuhan terhadap JISA JPJ serta pematuhan terhadap pemasangan peranti had kelajuan. - Gambar fail
SERDANG: Kementerian Pengangkutan melaksanakan siasatan terhadap syarikat pengendali bas yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Sungai Buaya dan Rawang di sini pada Ahad lepas.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata siasatan merangkumi aspek pematuhan terhadap Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) Jabatan Pengangkutan Jalan serta pematuhan terhadap pemasangan peranti had kelajuan (SLD).
"Tindakan pertama kita (selepas kemalangan) adalah kita terus buat audit. JPJ akan masuk untuk membuat audit dan akan disampaikan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Jadi kalau audit mereka gagal tindakan pertama ialah akan digantung operasi. Bas dan syarikat itu juga akan disiasat sama ada mereka telah mematuhi pemasangan SLD, kalau mereka tidak memasang SLD maka tindakan akan diambil," katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI dan FlYsiswa 2026 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Ditanya mengenai pelaksanaan sistem telematik untuk bas, beliau berkata kerajaan akan melantik beberapa syarikat bagi melakukan bukti konsep (POC) mengenai sistem berkenaan.
"Telematik memang kita ingin laksanakan, cuma sekarang ini memang kita akan lantik beberapa syarikat untuk buat POC.
"Ia (sistem) bukan sahaja kepada bas tetapi juga kenderaan perdagangan lain. Jadi ini adalah sesuatu yang MOT sedang lakukan," katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata polis menahan pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Sungai Buaya dan Rawang pada Ahad.
Beliau berkata lelaki berusia 22 itu ditahan dan direman sehari bagi membantu siasatan.
Media melaporkan seorang maut manakala sembilan lagi termasuk penunggang motosikal dan pemandu lori cedera parah selepas sebuah bas ekspres hilang kawalan semasa berada di lorong kanan sebelum melintang di tengah lebuh raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kemalangan rawang
#siasatan
#syarikat pengendali bas
#Anthony Loke
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami