SEBAGAI seorang wartawan telefon pintar tentunya sudah menjadi satu keperluan untuk menyiapkan kerja-kerja dan tugasan harian. Telefon pintar menjadi pelengkap kepada pengamal media.
Antara kegunaan telefon pintar ialah untuk mengambil gambar, merakam, menyalin nota, menaip laporan berita, termasuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari Internet, email dan juga aplikasi WhatsApp.
Dalam dunia yang serba canggih dan teknologi yang semakin bekembang ini apakah ciri-ciri terkini telefon pintar yang terbaik untuk wartawan masa kini?
Untuk itu, Astro AWANI berpeluang mencuba telefon pintar keluaran terbaharu Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note9.
Galaxy Note9 mempunyai paparan 6.4 inci Super AMOLED Infinity dengan resolusi Quad HD+ sebanyak 2960x1440 piksel dan ketumpatan piksel 516 ppi, yang memberikan kepuasan paparan skrin kepada pengguna.
Audio Dolby Atmos serta pembesar suara stereo menyediakan kualiti bunyi yang terbaik untuk pengguna.
Jadi, apakah istimewanya Galaxy Note9 ini berbanding telefon pintar yang lain?
S Pen dengan fungsi kawalan jauh
Salah satu ciri terbaharu Samsung Galaxy Note9 yang paling menarik perhatian ialah 'S Pen'. Sekali pandang mungkin anda menyangkakan ia hanyalah stylus biasa. Namun, tahukah anda S Pen ini diperbaharui dengan sambungan Bluetooth?
Dengan adanya ketersambungan ini, untuk pertama kali, ciri ini membolehkan pengguna mengawal telefon tersebut dari satu jarak.
Jadi, dengan adanya ciri ini, anda boleh mengambil swafoto dari jarak jauh dengan hanya menekan butang yang terdapat di tepi S pen tersebut.. klik!
Selain itu, S Pen ini juga mampu bertindak sebagai 'navigator' untuk slaid apabila anda membuat pembentangan. Jika S Pen memerlukan bateri, namun jangan khuatir kerana anda hanya perlu slotkan alat itu kembali tempat asalnya, dan tidak sampai seminit ia akan dicas. Ia juga boleh digunakan untuk melakar imej dan menyalin nota.
Simpanan memori 1 terabyte!
Tidak kira sama ada anda wartawan mahupun seorang jurutera, ‘storage’ atau simpanan memori amat penting untuk menyimpan segala maklumat diperlukan TANPA perlu memadamkan atau memindahkan fail tersebut.
Kini, Samsung Galaxy Note9 dilengkapi dengan ‘1 terabyte ready storage’ – iaitu simpanan memori sebesar 1 terabyte dalam fon! Jadi, anda tidak perlu lagi risau untuk memadamkan atau memindahkan fail seperti gambar serta dokumen yang disimpan dalam fon anda apabila ia hampir penuh kerana memori yang terkandung dalam fon ini amatlah besar.
Tenaga bateri yang lebih efisyen
Bateri merupakan 'nyawa' bagi seorang wartawan. Ada waktu apabila bateri tinggal 'nyawa-nyawa ikan' ketika wartawan sedang hendak merakam sidang media ataupun menulis laporan, ataupun sedang melakukan penstriman langsung melalui media sosial.
Ini disebabkan wartawan perlu membuka lebih dari empat atau lima aplikasi untuk pengumpulan dan penyebaran maklumat. Hal ini membuatkan wartawan merasa tertekan dan cemas.
Namun, anda tidak perlu lagi merasa cemas atau risau jika telefon pintar anda mempunyai bateri 4,000 mAh selain turut dilengkapi dengan sistem pengecasan pantas.
Kamera berkualiti tinggi
Tidak dinafikan, Samsung mempunyai kualiti yang sangat baik. Setiap kali penulis mengambil foto menggunakan fon Samsung, pasti rakan-rakan akan terpegun bertanya "Wah, fon apa ni? Cantiknya gambar!"
Itu pun semasa penulis menggunakan fon Samsung Galaxy S8, apatah lagi semasa penulis menggunakan Samsung Galaxy Note9, lagilah rakan-rakan terpegun.
'Scene optimizer' dan 'flaw detection'
Okay, bagi anda yang menggunakan Samsung Galaxy S9+, sekali pandang anda mungkin merasakan S9+ dan Samsung Galaxy Note9 mempunyai ciri kamera yang sama. Namun, apa yang anda tidak tahu ialah kamera pada Samsung Galaxy Note9 ini mempunyai dua ciri tambahan iaitu 'scene optimizer' dan 'flaw detector detection'.
Bagi ciri 'scene optimizer', kamera tersebut akan menyesuaikan tetapan warna secara automatik selepas mengenal pasti subjek atau pemandangan, serta keadaan malam atau siang. Apabila kamera mengenali subjek atau pemandangan, satu ikon akan muncul di skrin dan warna yang optimum akan digunakan.
Untuk ciri 'flaw detection ' pula, Samsung Galaxy Note9 melengkapkan ciri menarik yang memberitahu anda setiap kali ada benda yang 'tidak kena' semasa mengambil gambar seperti tergoyang, atau terpejam mata, ataupun tergerak. Sebagai contoh, jika mata subjek terpejam, satu notifikasi akan tertulis pada skrin mengatakan, 'Someone may have blinked' (Ada orang mungkin terpejam mata).
Kesimpulan
Apa-apa pun secara keseluruhannya pengalaman menggunakan Note 9 ini amatlah mengujakan dan menyeronokan. Kemampuan yang terdapat pada telefon pintar ini sebenarnya melangkaui batasan.
Ternyata, kelebihan serba lengkap yang disajikan Samsung Galaxy Note 9 ini memudahkan tugas pengamal media yang kerap berada di lapangan untuk mencari bahan berita.
Samsung Galaxy Note 9 ini datang dengan tiga warna iaitu Ocean Blue, Midnight Black dan Metallic Copper.
Ia boleh didapati di pasaran negara atau scara online di https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/buy/ pada harga runcit RM3,699 untuk 128GB dan RM4,599 untuk 512GB.
Haider Yutim
Mon Oct 08 2018
Galaxy Note9 mempunyai paparan 6.4 inci Super AMOLED Infinity dengan resolusi Quad HD sebanyak 2960x1440 piksel dan ketumpatan piksel 516 ppi, yang memberikan kepuasan paparan skrin kepada pengguna.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Samsung Galaxy Note9 gajet terbaik untuk wartawan dan golongan profesional
Sebagai seorang wartawan telefon pintar tentunya sudah menjadi satu keperluan untuk menyiapkan kerja-kerja dan tugasan harian. Telefon pintar menjadi pelengkap kepada pengamal media.