GADGETS
Samsung hasrat labur dalam Perplexity, integrasi AI pada peranti

Samsung dilaporkan sedang merancang pelaburan dalam firma kecerdasan buatan Perplexity AI, dengan matlamat mengintegrasikan teknologi AI janaan dan carian ke dalam peranti mereka.
SAMSUNG kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk melabur pada firma kecerdasan buatan Perplexity AI, sekali gus mengintegrasikan penawaran kecerdasan buatan janaan dan carian berkenaan pada peranti-peranti keluaran mereka.
Ringkasan AI
- Samsung dilaporkan sedang merancang pelaburan dalam firma kecerdasan buatan Perplexity AI, dengan matlamat mengintegrasikan teknologi AI janaan dan carian ke dalam peranti mereka.
- Kerjasama ini dijangka diumumkan seawal tahun ini dan bakal diperkenalkan secara terbina dalam pada siri Galaxy S26, sebagai alternatif kepada integrasi Google Gemini.
- Selain menjadi pembantu maya dan fungsi carian dalam pelayar web Samsung, kedua-dua pihak juga sedang berbincang mengenai pembangunan sistem operasi dengan integrasi AI menyeluruh dan ejen AI untuk tugasan harian.
Penawaran Perplexity dijangka akan hadir bukan sahaja sebagai pembantu maya AI pada peranti Samsung, tetapi turut mengintegrasikannya sebagai fungsi carian pada pelayar web Samsung.
Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga dikatakan berbincang dalam pembangunan sistem operasi dengan integrasi AI menyeluruh dan ejen AI yang membantu dalam sejumlah tugasan.
Buat masa ini, kedua-dua pihak Samsung dan Perplexity tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami