GADGETS
Satu soalan ChatGPT guna 0.34 Wh elektrik, 0.31 mL air

Setiap soalan kepada ChatGPT menggunakan purata 0.34 Wh elektrik dan 0.31 mL air. -Gambar hiasan/Amanz
BERAPAKAH penggunaan kuasa elektrik dan air setiap kali anda menggunakan ChatGPT? Ini adalah misteri yang hanya hari didedahkan oleh Sam Altman, CEO OpenAI.
Ringkasan AI
- Setiap soalan kepada ChatGPT menggunakan purata 0.34 Wh elektrik dan 0.31 mL air
- Penggunaan kecil ini menjadi signifikan apabila digabungkan dengan ratusan juta pengguna harian
- Pusat data AI memerlukan tenaga tinggi, mendorong syarikat besar beralih kepada tenaga nuklear untuk kurangkan pelepasan karbon
OpenAI menerbitkan artikel mereka beberapa minggu selepas MIT Technology Review melaporkan bertanya 15 soalan kepada sebuah chatbot, menjana 10 keping gambar dengan AI generatif dan menjana 3 video sepanjang 5 saat dianggarkan menggunakan 2.9 kWh tenaga elektrik bersamaan menjalankan sebuah ketuhar gelombang mikro berterusan selama 3.5 jam.
Angka yang dikongsi oleh OpenAI nampak rendah tetapi setiap hari perkhidmatan mereka diakses ratusan juta pengguna yang melakukan lebih daripada soalan sehari.
Realitinya ialah pusat data kecerdasan buatan (AI) menggunakan kuasa elektrik yang tinggi sehingga menyebabkan Meta, Google dan Amazon mengikat kontrak untuk menggunakan kuasa nuklear bagi mengurangkan pelepasan karbon tahunan mereka. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami