PERMAINAN Tetris mungkin antara sebilangan kecil yang masih dimainkan dalam jumlah yang banyak walaupun telah lama dilancarkan.

Ia dibangunkan oleh Alexey Pajitnov pada tahun 1985 dan sejak mula dijual tidak pernah dikalahkan kerana diprogramkan untuk hanya bergerak semakin cepat sehingga sukar dikawal oleh pemain manusia.

Tetapi, Willis Gibson, seorang remaja 13 tahun dari Oklahoma, menjadi manusia pertama yang berjaya mengalahkan Tetris.

Beliau mencapai tahap 157 dan kemudian permainan terhenti kerana tidak diprogramkan untuk mencapai tahap ini semasa dibangunkan.


Gibson, seorang gamer profesional hanya mula bermain Tetris beberapa tahun lalu selepas dihadiahkan konsol retro oleh ibu beliau.

Sejak dilancarkan pada tahun 1985, dianggarkan sebanyak 520 juta permainan Tetris telah dijual pada pelbagai platform yang menjadikannya yang paling banyak terjual dalam sejarah permainan video.

Jauh di belakangnya ialah Minecraft yang sudah terjual sebanyak 300 juta salinan. -Amanz