awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Sidang Parlimen buka tirai Isnin, titah Agong tumpuan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan spyware Israel, WhatsApp gesa 1.5 bilion pengguna naik taraf aplikasi

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2019
10:38 MYT
Serangan spyware Israel, WhatsApp gesa 1.5 bilion pengguna naik taraf aplikasi
Serangan spyware dari Israel itu dilapor menyasarkan pengguna WhatsApp di telefon bimbit Android dan juga iPhone. -Gambar fail
WHATSAPP menggesa 1.5 bilion penggunanya untuk menaik taraf aplikasi itu selepas mengesan kelemahan pada sistem keselamatan.
Serangan spyware dari Israel itu dilapor menyasarkan pengguna telefon bimbit Android dan juga iPhone.
Dalam kenyataan syarikat itu pada Isnin, aplikasi tersebut dikesan mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam memuat naik kod berbahaya pada peranti pengguna.
Penggodam kemudian akan menelefon peranti dan menghantar kod yang kemudiannya akan dipasang walaupun pengguna tidak menjawab panggilan.
WhatsApp telah mengeluarkan security fix pada Isnin susulan kebimbangan.
Syarikat aplikasi mudah alih yang dimiliki Facebook dalam kenyataan berkata serangan itu serupa dengan spyware yang dihasilkan agensi perisikan.
Menurut Financial Times, spyware itu dihasilkan syarikat keselamatan siber dan perisikan Israel, NSO Group, setelah penyelidik menemukan persamaan pada jejak digital daripada syarikat itu.
Topic Berkaitan
#Android
#iPhone
#Israel
#security fix
#spyware
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan