Skip to main content

Teknologi

Sony gantung tempahan kad memori akibat krisis bekalan global

Industri kecerdasan buatan (AI) meragut satu lagi mangsa minggu ini selepas Sony menghentikan hampir keseluruhan perniagaan kad memori SD dan CFexpress sejak semalam. Menerusi laman mereka sendiri, Sony mengatakan pengeluaran dihentikan seketika kerana kekurangan memori SSD di seluruh didorong oleh permintaan besar-besaran daripada pusat data AI.
Langkah drastik itu menyaksikan pengeluaran bagi siri kad CFexpress Type A, CFexpress Type B, SD Tough dan kad SD dihentikan buat seketika akibat lonjakan permintaan luar biasa terhadap komponen memori daripada sektor pusat data kecerdasan buatan (AI). -Foto Amanz

TOKYO: Gergasi teknologi Jepun, Sony, mengumumkan pemberhentian hampir keseluruhan operasi pengeluaran kad memori miliknya berkuat kuasa semalam, susulan krisis kekurangan bekalan pemacu tegar (SSD) global yang semakin meruncing, lapor Amanz.

Langkah drastik itu menyaksikan pengeluaran bagi siri kad CFexpress Type A, CFexpress Type B, SD Tough dan kad SD dihentikan buat seketika akibat lonjakan permintaan luar biasa terhadap komponen memori daripada sektor pusat data kecerdasan buatan (AI).

Advertisement

Sony menerusi kenyataan di laman rasmi syarikat berkata, tumpuan pasaran dunia kini beralih kepada pembekalan storan kapasiti tinggi untuk infrastruktur AI, sekali gus menjejaskan ketersediaan bahan mentah bagi produk storan pengguna.

Syarikat itu menyatakan hasrat untuk menyambung semula pengeluaran pada masa hadapan, namun tiada tarikh muktamad diberikan setakat ini, di sini, hari ini.

Keputusan itu menjadikan Sony sebagai syarikat fotografi utama pertama yang menghentikan pengeluaran kad memori secara rasmi akibat fenomena "demam AI" yang sedang melanda industri teknologi dunia.

Sebelum ini, pengeluar storan terkemuka lain turut mengambil langkah serupa apabila Micron menghentikan jenama Crucial tahun lalu, manakala Western Digital mengesahkan kapasiti pengeluaran mereka telah habis ditempah sepenuhnya awal tahun ini.

Samsung juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menghentikan pengeluaran storan SSD SATA bagi memberi keutamaan kepada permintaan industri AI yang menawarkan margin keuntungan lebih tinggi.

Penganalisis industri menjangkakan harga aksesori storan bagi kamera dan peranti mudah alih akan melonjak mendadak dalam tempoh terdekat susulan kekurangan bekalan daripada pemain utama pasaran ini.

Must Watch Video