GADGETS
Sony masih lihat perniagaan telefon pintar penting kepada syarikat

CFO Sony Group menegaskan perniagaan telefon pintar masih penting, dan teknologi komunikasi kekal sebagai komponen utama dalam strategi syarikat. -Amanz
ERA Sony melancarkan peranti pintar baharu setiap suku sudah berakhir beberapa tahun yang lalu.
Ringkasan AI
- Sony kini hanya melancarkan tiga telefon pintar setahun dan tidak lagi mengilangkan sendiri peranti mereka, mencetuskan isu pascapelancaran Xperia 1 VII.
- CFO Sony Group menegaskan perniagaan telefon pintar masih penting, dan teknologi komunikasi kekal sebagai komponen utama dalam strategi syarikat.
- Isu perisian Xperia 1 VII menyebabkan peranti mati sendiri; pelanggan terkesan telah menerima unit gantian dan pelancaran di Malaysia ditangguhkan.
Tetapi ketika mengumumkan laporan kewangan mereka semalam, CFO Sony Group Sue Lin mengatakan perniagaan telefon pintar masih lagi penting kepada syarikat dengan teknologi komunikasi digunakan bukan sekadar untuk melakukan panggilan telefon.
Tambah beliau lagi teknologi komunikasi ialah teknologi yang sangat penting yang telah dipupuk Sony sejak sekian lama.
Mengenai isu Xperia 1 VII pula, beliau memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan. Isu pada perisian menyebabkan peranti mati dengan sendiri dan kemudian tidak boleh dihidupkan semula.
Pelanggan yang terkesan telah diberikan peranti gantian. Isu ini juga menyebabkan pelancaran Xperia 1 VII di Malaysia ditangguhkan sehingga ke hari ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami