awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry

Bernama
Bernama
21/01/2026
15:15 MYT
MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry
Zambry ketika mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kota Kinabalu hari ini. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: MIC masih merupakan sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ringkasan AI
  • MIC masih kekal sebagai sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tanpa sebarang makluman rasmi mengenai penarikan diri MIC dari BN.
  • Kepimpinan tertinggi parti komponen menegaskan hubungan antara MIC dan BN masih kukuh serta tidak wujud isu yang menyebabkan perpecahan.
  • Mesyuarat Dewan Tertinggi BN mengambil keputusan menerima semula penyertaan Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam gabungan BN dan melantik Pengerusi BN Sabah yang baharu.

Beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang makluman rasmi kononnya MIC akan meninggalkan BN, malah hubungan antara kepimpinan tertinggi parti komponen kekal utuh dan baik.
"Saya yakin MIC masih tetap bersama BN sehingga kini. Kita tidak ada isu yang berbangkit berkaitan masalah itu dan tidak dibincangkan pun (dalam mesyuarat).
"Setakat ini kita tidak menerima apa-apa, sebarang laporan yang mengatakan mereka keluar ataupun tidak, kita tidak mengambil itu sebagai sumber sahih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup sertan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon.
Mengulas mengenai ketidakhadiran wakil MIC pada mesyuarat itu, Zambry berkata ia disebabkan faktor kekangan masa.
"BN sentiasa bersangka baik, kita bekerjasama dan mungkin ada spekulasi-spekulasi yang dibuat, itu kita anggap hanya sebagai satu spekulasi," katanya.
Zambry berkata mesyuarat Dewan Tertinggi BN turut membuat keputusan menerima semula penyertaan Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam gabungan tersebut.
Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan pelantikan Arthur sebagai Pengerusi BN Sabah yang baharu manakala Datuk Seri Jafry Ariffin sebagai Timbalan Pengerusi BN Sabah dan Datuk Mohd Hasnol Ayub dilantik sebagai Setiausaha BN negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MCA
#MIC
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan