KETUA Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) bukanlah faktor sebenar di sebalik tindakan beberapa syarikat melakukan pemberhentian pekerja kebelakangan ini.
Dalam satu temu bual, Altman berkata terdapat syarikat yang menjadikan AI sebagai kambing hitam untuk menghalalkan keputusan mengecilkan tenaga kerja, sedangkan langkah itu tetap akan dilakukan tanpa kehadiran teknologi tersebut.
Advertisement
Beliau berpandangan, tindakan mengaitkan pemberhentian pekerja dengan AI secara umum tidak menggambarkan realiti sebenar situasi ekonomi dan operasi syarikat.
Namun begitu, Altman mengakui perkembangan teknologi, termasuk AI, tetap akan memberi kesan kepada beberapa jenis pekerjaan, sejajar dengan perubahan yang berlaku setiap kali teknologi baharu diperkenalkan.
Katanya, walaupun ada bidang yang mungkin terjejas, AI pada masa sama bakal mewujudkan pelbagai jawatan dan peluang pekerjaan baharu dalam pasaran, selari dengan evolusi teknologi global. - Amanz